Page 113 - Buku Pengurusan 2021
P. 113
ii. Mengadakan perkhemahan/ lawatan/ perbarisan pada hari sukan.
iii. Khidmat masyarakat. (Aktiviti lain ditentukan oleh unit masing-masing)
5.2.3. Penilaian unit kokurikulum terbaik adalah berdasarkan kriteria berikut:
i. Perlaksanaan tiga aktiviti wajib – 60%.
ii. Penyertaan dan pencapaian ke pertandingan Peringkat Negeri,
Kebangsaan atau Antarabangsa - 30%.
iii. Kehadiran ahli dalam setiap perjumpaan melebihi 90% - 10%.
5.2.4. Menjadi Johan Negeri sekurang-kurangnya empat dalam permainan yang
menjadi pilihan utama:
• Bola Tampar, Bola Sepak, Badminton, Ragbi, Bola Keranjang, Kriket
dan Catur
5.2.5. Memperolehi empat pingat emas dalam kejohanan olahraga MSSP.
5.2.6. Menjadi Johan Negeri sekurang-kurangnya dalam enam aktiviti koakademik
yang dipertandingan. Aktiviti yang menjadi tumpuan ialah:-
• Bicara Spontan Doktor Muda Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,
Kuiz Sejarah, Pantun, Pidato, Kuiz Pengguna, Kuiz Kimia, Kuiz Fizik,
‘National Science Challenge’, Kuiz Pendidikan Islam dan Pertandingan
Melukis Poster.
5.2.7. Menjadi Johan Peringkat SBP/ Kebangsaan sekurang-kurangnya dalam tiga
aktiviti yang dipertandingan iaitu:
i. Pertandingan Rekacipta Kejuruteraan dan Inovasi Sains
ii. Bahas Ala Parlimen
iii. National Science Challenge
5.2.8. Guru penyelaras hendaklah memeriksa buku laporan/ fail aktiviti setiap unit
kokurikulum di bawah kawalannya sekurang-kurangnya 2 bulan sekali iaitu
pada bulan Februari, April, Jun, Ogos dan Oktober.
5.2.9. Setiap murid mestilah memperoleh markah kokurikulum sekurang-kurangnya
80% atau A sepanjang di S.T.A.R, Ipoh (mempertingkatkan penglibatan dan
agihan jawatan yang saksama kepada pelajar).
5.2.10. Murid-murid yang dicalonkan untuk mendapat Anugerah Full Colour Sekolah
hendaklah mewakili sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut dalam satu
jenis aktiviti dan mempunyai rekod disiplin yang bersih dan lulus semua mata
pelajaran.
5.3. FOKUS UTAMA KOKURIKULUM
5.3.1. Kokurikulum Akademik - Kelab Bahas dan Reka Cipta
5.3.2. Badan Beruniform - Pancaragam Sekolah dan Pengakap
5.3.3. Sukan dan Permainan - Ragbi dan hoki
6. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI KOKURIKULUM
Bertujuan mencapai tahap kecemerlangan dalam bidang kokurikulum pada peringkat Kawasan, Negeri,
Kebangsaan dan Antarabangsa.
6.1. Dasar Aktiviti Kokurikulum Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.
6.1.1 Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam satu badan beruniform,
satu kelab / persatuan akademik dan satu persatuan permainan.
6.1.2 Setiap unit dalam kokurikulum wajib menjalankan aktiviti sekurang-kurangnya
36 jam (12 kali) setahun
6.1.3 Seorang murid hanya dibenarkan memegang hanya satu jawatan utama
(pengerusi) dalam ketiga-tiga bahagian tersebut.
6.1.4. Standard kualiti aktiviti kokurikulum: menjadi Johan Peringkat Kebangsaan. Sijil
Sekolah akan diberikan kepada murid-murid yang berjaya pada Majlis
Anugerah Juara Gemilang.
108

