Page 66 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 66

3. DASAR PENGURUSAN KELAS

               3.1    E-KEHADIRAN MURID

                      a)     Rujukan : SPI KPM Bil.1/2019

                      b)     Dilaksanakan di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di

                             bawah KPM.

                      c)     Semua kehadiran murid hendaklah direkod oleh Guru Kelas dengan

                                  menggunakan Sistem Kehadiran Murid.

                      d)     Bagi sekolah-sekolah di kawasan yang tiada capaian internet, pihak
                                  sekolah perlu memohon kelulusan kepada Pegawai Pendidikan Daerah
                                  atau Pengarah Pendidikan Negeri (bagi negeri yang tiada PPD) untuk
                                  menggunakan Jadual Kedatangan Murid (JKM) bagi merekod kehadiran
                                  murid.

                      e)     Jika sekolah mengalami gangguan capaian internet kehadiran murid perlu
                                 dicatat menggunakan Borang Kehadiran Sementara (Ada dalam
                                 Pekeliling, Lampiran B).

                      f)     Guru Kelas hendaklah mengemaskini kehadiran murid sebelum tamat
                                  sesi persekolahan hari berkenaan.

                      g)     Sistem Kehadiran Murid boleh diskses melalui: https//apdm.moe.gov.my

                      h)     Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak,
                                 disah dan difailkan pada hari terakhir bagi setiap bulan.

                      i)     Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) pula hendaklah menyemak
                                  pelaksanaan perekodan kehadiran murid di sekolah masing-masing.



               4. MURID BUKAN WARGANEGARA (MBWN)

               4.1    Kategori-kategori murid bukan warganegara itu ialah ;

                      i)     anak kakitangan Kedutaan Asing;

                      ii)    anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja
                              dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-
                             mana tempat lain dengan permit kerja yang sah;

                      iii)   anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia;

                      iv)    atau murid yang dipilih oleh Kerajaan murid itu untuk melanjutkan pelajarannya
                             di  Malaysia  menurut  mana-mana  Memorandum  Persefahaman  atau  Perjanjian
                             antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negara murid itu.





                                                            55
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71