Page 68 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 68

iii)   Surat Pengesahan atau surat perakuan daripada sama ada Ahli Parlimen, Ahli
                             Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai Daerah, Penghulu, Ketua Kampung,
                             Ketua Kaum atau Ketua Rumah Panjang tempat murid tersebut tinggal, dan


                      iv)    Mengemukakan  pasport  dan  pas  pelajar  yang  dikeluarkan  oleh  Jabatan
                             Imigresen  atau  salinan  permohonan  taraf  kewarganegaraan  dari  Jabatan
                             Pendaftaran Negara.

               4.6    Ibu  bapa  atau  penjaga  yang  sah  perlu  mengemukakan  borang  permohonan  Jadual
                      Pertama P.U.A ( 275 ). Borang boleh diperolehi di Pejabatan Pendidikan Daerah (PPD)
                      atau Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN ) yang berhampiran.

               4.7    kanak-kanak  pelarian  Rohingya  atau  kanak-kanak  pelarian  Filipina  (  IMM13  )  yang
                      memegang kad UNHCR  boleh belajar di Pusat Bimbingan Alternatif ( PBA ) atau Pusat
                      Pembelajaran Komuniti ( CLC ) yang ditubuhkan oleh UNHCR atau institusi pendidikan
                      swasta.

               4.8    murid bukan warganegara yang ibu atau bapanya bekerja di sektor pembinaan, sektor
                      pekilangan,  sektor  pembersihan  atau  bekerja  sebagai  pembantu  rumah  tidak  boleh
                      bersekolah  di  sekolah  kerajaan  atau  sekolah  bantuan  kerajaan  kerana  ibu  atau  bapa
                      murid ini tidak dibenarkan membawa tanggungan ( dependants ) sepanjang bekerja di
                      negara ini.

               4.9    murid bukan warganegara yang ibu bapanya sedang melanjutkan pengajian di peringkat
                      pasca  siswazah  tidak  boleh  bersekolah  di  sekolah  kerajaan  atau  sekolah  bantuan
                      kerajaan  walau  bagaimanapun  murid  bukan  warganegara  yang  ibubapanya  sedang
                      melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah di institusi pendidikan tinggi ( IPT )
                      boleh  mengikuti  pendidikan  di  sekolah  ekspatriat  atau  sekolah  antarabangsa  atau
                      institusi pendidikan swasta.

               4.10  Permohonan  bersekolah  bagi  murid  bukan  warganegara  ini  mula  dibuka;        bagi
                      kemasukan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1, mulai 1 Oktober hingga 30 November tahun
                      semasa  ,  dan        bagi  lain-lain  kategori  murid  bukan  warganegara  adalah  sepanjang
                      tahun.

               4.11  Ibu  bapa  perlu  mengemukakan  borang  permohonan  Jadual  Pertama  P.U.A  (275  )
                      persekolahan  murid  ini  di  Unit  Perhubungan  dan  Pendaftaran,  Jabatan  Pendidikan
                      Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ) yang berhampiran.

               4.12  murid  bukan  warganegara  ini  dikenakan  bayaran  fi  yang  ditetapkan  oleh  Kementerian
                      Pendidikan  iaitu  sebanyak  RM120.00  untuk  sekolah  rendah  dan  RM240.00  untuk
                      sekolah menengah setahun.

               4.13  Bayaran  fi  ini  boleh  dibuat  di  Unit  Kewangan,  Jabatan  Pendidikan  Negeri  berkenaan
                      sebelum diterima masuk ke sekolah .

               4.14  Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah.

               4.15  Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah - surat kebenaran sekolah bagi bukan warga






                                                            57
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73