Page 67 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 67

4.2    Dokumen  yang  diperlukan  bersama  borang  permohonan  Jadual  Pertama  P.U.A  (275)
                      sebelum murid ini diterima masuk ke sekolah ialah;

                      i)     sijil lahir murid atau kad pengenalan murid,

                      ii)    pasport murid dan

                      iii)   pasport ibu bapa

                      iv)    pas penggajian ibu bapa,

                      v)     pas tanggungan,

                      vi)    surat majikan di negara ini yang telah ditentu sahkan,

                      vii)   mengemukakan  pas  pelajar  yang  dikeluarkan  oleh  Jabatan  Pendidikan  Negeri
                             berkenaan.

               4.3    Kategori  lain  murid  bukan  warganegara  yang  diterima  masuk  bersekolah  di  sekolah
                      kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

                      i)     Murid  bukan  warganegara  yang  telah  diambil  oleh  warganegara  Malaysia
                      sebagai anak angkat,

                      ii)    Murid  bukan  warganegara  hasil  perkahwinan  tidak  mengikut  undang-undang
                      Malaysia di mana sekiranya bapa adalah warganegara dan ibunya bukan warganegara
                      (nama bapa tidak tercatat di dalam sijil lahir anak).


               4.4    Dokumen  yang  diperlukan  oleh  murid  bukan  warganegara  yang  telah  dijadikan  anak
                      angkat yang sah oleh warganegara Malaysia untuk bersekolah di sekolah kerajaan atau
                      sekolah bantuan kerajaan.

                      i)     Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), atau

                      ii)    Perintah mahkamah tentang hak penjagaan murid; atau

                      iii)   Surat Akuan Penjagaan Murid daripada Jabatan Kebajikan Masyarakatan dan

                      iv)    Mengemukakan pasport dan pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan

                                  Imigresen atau salinan permohonan taraf kewarganegaraan dari Jabatan


                                  Pendaftaran Negara.

               4.5    Dokumen  yang  diperlukan  oleh  murid  bukan  warganegara  hasil  perkahwinan  tidak
                      mengikut  undang-undang    Malaysia  (  perkahwinan  ibu  bapa  tidak  didaftarkan  di
                      Malaysia ) di mana sekiranya bapa adalah warganegara dan ibunya bukan warganegara
                      ini untuk bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan:

                      i)     Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ); atau

                      ii)    Perintah mahkamah untuk hak penjagaan yang sah; atau






                                                            56
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72