Page 7 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 7

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
               1.0



               Pendidikan  di  Malaysia  adalah  suatu  usaha  berterusan  ke  arah  memperkembangkan  lagi

               potensi  individu  secara menyeluruh  dan  bersepadu  untuk mewujudkan insan  yang  seimbang
               dan  harmonis  dari  segi  intelek,  rohani,  emosi  dan  jasmani  berdasarkan  kepercayaan  dan

               kepatuhan  kepada  Tuhan.Usaha  ini  adalah  bagi  melahirkan  rakyat  Malaysia  yang  berilmu
               pengetahuan,  berketerampilan,  berakhlak  mulia,  bertanggungjawab  dan  berkeupayaan
               mencapai  kesejahteraan  diri,  serta  memberi  sumbangan  terhadap  keharmonian  dan

               kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.



               2.0               PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


               PPPM dilancarkan dalam tiga gelombang iaitu:



               Gelombang  1  (2013-2015) memberi  penekanan  kepada  menambah  baik  sistem  dengan
               mempercepat  perubahan  kaedah  pelaksanaan  program.  Tumpuan  diberikan  kepada  kaedah

               peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti
                                      (PPPM                                               )
               kepimpinan  sekolah  dan  meningkatkan  kadar  literasi  Bahasa  Melayu,  Bahasa  Inggeris  dan

               numerasi.
               Gelombang  2  (2016-2020),  kementerian  akan  melaksanakan  perubahan  struktur  pendidikan
               negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa

               Gelombang  1,  antaranya  pergerakan  semua  410,000  guru  dan  10,000  pengetua/guru  besar
               kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian.
               Gelombang  3  (2021-2025) akan  memfokus  kepada  anjakan  ke  arah  kecemerlangan  dengan

               peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru
               dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
               2.1 5 Aspirasi Sistem Pendidikan

               Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  adalah  berasaskan  aspirasi  Falsafah
               Pendidikan Kebangsaan ke arah menyediakan pendidikan seimbang untuk setiap murid.



                                                             1
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12