Page 9 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 9

• Etika dan Kerohanian
               Sistem  pendidikan  akan  memupuk  etika  dan  kerohanian  dalam  diri  setiap  murid  bagi

               mendepani  cabaran  yang  akan  ditempuhi  dalam  kehidupan  dewasa,  agar  mereka  boleh
               menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip
               ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem

               pendidikan  juga  berhasrat  untuk  membentuk  individu  penyayang  yang  dapat  menyumbang
               kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

               • Identiti Nasional
               Identiti  nasional  yang  kukuh  melalui  penghayatan  prinsip  Rukun  Negara,  diperlukan  untuk
               kejayaan  dan  masa  depan  Malaysia.  Setiap  murid  akan  berbangga  dikenali  sebagai  rakyat

               Malaysia  tanpa  mengira  etnik,  agama  atau  status  sosioekonomi.  Semangat  patriotik  perlu
               dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi

               yang  sama  untuk  masa  depan  negara.  Demi  mewujudkan  identiti  nasional  yang  sebenar,
               semangat  keterangkuman  yang  teguh  amat  diperlukan.  Identiti  nasional  akan  dapat  dicapai
               bukan  hanya  belajar  memahami  dan  menerima  kepelbagaian,  tetapi  juga  menghayati

               kepelbagaian.Perbincangan  buat  perbincangan  dalam  kumpulan  mengenai  langkah-langkah
               yang  boleh  dilaksanakan  oleh  guru  di  sekolah  bagi  memenuhi  ciri-ciri  utama  aspirasi  setiap
               murid. Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan

               perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi impak
               kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti,
               perpaduan,  dan  kecekapan.  Kualiti  menjadi  fokus  utama  merentasi  semua  anjakan  kerana

               kualiti merupakan dimensi penting yang perlu diberikan perhatian segera. Sebahagian daripada
               anjakan  ini  merupakan  perubahan  strategi  dan  hala  tuju  pendidikan.  Anjakan  yang  lain

               merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara Kementerian dan sekolah melaksanakan dasar
               sedia  ada.  Sama  ada  perubahan  bersifat  strategi  atau  pelaksanaan,  semuanya
               menggambarkan anjakan daripada amalan semasa. Sebelas anjakan tersebut adalah :


               Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
               antarabangsa

               Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa
               Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.

               Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

               Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

               Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

               Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
               berasaskan keperluan.

               Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

                                                             3
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14