Page 8 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 8

Pelaksanaan pelan ini adalah merujuk kepada sistem pendidikan yang berprestasi tinggi bagi
               membina kemahiran khusus dan atribut kepada murid sebagai persediaan menghadapi cabaran

               pembangunan ekonomi dan globalisasi. PPPM ini telah menggariskan enam ciri-ciri utama yang
               menjadi  asas  aspirasi  bagi  setiap  murid  di  negara  ini.  Setiap murid  akan  mempunyai  sejajar
               dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

               Pengetahuan Kemahiran  Berfikir  Kemahiran   Memimpin  Kemahiran   Dwibahasa  Etika dan
               Kerohanian  Kerohanian Identiti Nasional

               •  Pengetahuan  Di  peringkat  paling  asas,  setiap  kanak-  kanak  perlu  menguasai  sepenuhnya
               kemahiran  literasi  dan  numerasi.  Selain  itu,  penting  bagi  setiap  murid  menguasai  mata
               pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan

               am  yang  menyeluruh  tentang  Malaysia,  Asia,  dan  dunia  dari  aspek  sejarah,  manusia,  dan
               geografi. Murid  juga  digalakkan  mengembangkan  pengetahuan  dan  kemahiran  dalam  bidang
               lain seperti seni, muzik, dan sukan.

               • Kemahiran Berfikir Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang
               kehidupan  mereka  (menerapkan  perasaan  ingin  tahu  dan  mengamalkan  pembelajaran

               sepanjang  hayat)  untuk  membolehkan  mereka  menghubungkan  pelbagai  disiplin  ilmu  dan
               mencipta  ilmu  yang  baharu.  Setiap  murid  perlu  menguasai  pelbagai  kemahiran  kognitif
               termasuk  penaakulan  dan  pemikiran  kritis,  kreatif,  serta  inovatif.  Bidang  ini  kurang  diberi

               perhatian,  menyebabkan  murid  kurang  berupaya  untuk  mengaplikasi  ilmu  pengetahuan  dan
               berfikir  secara  kritis  di  luar  konteks  akademik.   • Kemahiran  Memimpin  Dalam  dunia  yang

               semakin  saling  berhubung  kait,  kebolehan  untuk  memimpin  dan  bekerja  dengan  orang  lain
               secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid
               mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk

               bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan,
               kepimpinan  merangkumi  empat  dimensi,  iaitu  keusahawanan,  berdaya  tahan,  kecerdasan
               emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

               • Kemahiran  Dwibahasa  Setiap  kanak-kanak  akan  menguasai  bahasa  Malaysia  sebagai

               bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
               antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini
               selepas  menamatkan  persekolahan,  murid  sepatutnya  berupaya  menggunakan  bahasa

               Malaysia  dan  bahasa  Inggeris  dalam  persekitaran  kerja.  Di  samping  itu,  Kementerian  akan
               menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.















                                                            2
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13