Page 10 - 9. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia MOF - Penubuhan Malaysia - Ilham Berwawasan
P. 10
Dalam mesyuarat terakhir MSCC dipersetujui secara bersama oleh ahli Jawatankuasa untuk
mengemukakan sebuah memorandum dikenali ‘Memorandum Malaysia’ dan ditandatangani pada
3 Februari 1962 yang menggariskan beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada
perlembagaan Malaysia. Jawatankuasa bersetuju Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
menjadi asas kepada perlembagaan baharu namun beberapa peruntukan khas diberi kepada
Wilayah Borneo Utara dan Sarawak. Memorandum ini telah diserahkan kepada Suruhanjaya
Cobbold.
Mesyuarat terakhir Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia, 3 Februari 1962 di Singapura. Ahli-ahli mesyuarat sedang menandatangani ‘Memorandum Malaysia’. Dari kiri
duduk : Datu Mustapha Datu Harun (Borneo Utara), Tuan Donald Stephen, Pengerusi (Borneo Utara); Dato’ Setia Pengiran Ali Pengiran Haji Mohd Daud (Brunei); berdiri, Tuan Yeo
Cheng Hoe (Sarawak); Encik Mohd Khir Johari (Tanah Melayu) dan Tuan Lee Kuan Yew (Singapura). Wakil Brunei menghandiri persidangan Jawatankuasa ini sebagai pemerhati
sahaja

