Page 14 - 9. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia MOF - Penubuhan Malaysia - Ilham Berwawasan
P. 14
Suruhanjaya Cobbold sempena nama Pengerusinya Lord Cobbold ditubuhkan bagi
meninjau pendapat dan pandangan penduduk-penduduk di Borneo Utara dan Sarawak
mengenai gagasan Malaysia dan kemudiannya menyediakan usul berdasarkan pendapat
dan kehendak rakyat di kedua-dua Wilayah tersebut. Suruhanjaya ini memulakan tugas
pada pertengahan Februari 1962 dan tamat pada pertengahan April 1962. Ahli-ahli
Suruhanjaya Cobbold tiba di Kuching, Sarawak pada 19 Februari 1962 dengan
memulakan tugas meninjau pendapat daripada penduduk setempat. Pelbagai
pendekatan telah diambil dan digunakan bagi mendapatkan pandangan dan pendapat
penduduk antaranya dengan menghantar surat jemputan dan mengatur sesi temuduga.
Rancangan juga direncanakan bagi membolehkan Suruhanjaya Cobbold menemui wakil
penduduk mahupun pertubuhan dari setiap daerah. 50 pertemuan di 35 buah pusat yang
disediakan oleh Sarawak dan 15 buah pusat lagi di Borneo Utara dengan 4000
penduduk.
Sejumlah lebih 2,200 pucuk surat dan memorandum telah diterima daripada Lembaga-
Lembaga Bandaran, Majlis-Majlis Daerah, Pelbagai Pertubuhan, Part-Parti Politik, Dewan
Perniagaan, Kesatuan-Kesatuan Sekerja, Pemimpin-Pemimpin Agama, Ahli Majlis
Mesyuarat Kerja dan orang ramai.

