Page 15 - 9. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia MOF - Penubuhan Malaysia - Ilham Berwawasan
P. 15
Antara laporan dan cadangan adalah berkaitan dengan perlembagaan, agama
rasmi, bahasa rasmi, hak istimewa penduduk Sarawak dan Borneo Utara dan
tarikh penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963 sempena tarikh kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu. Pada 1 Ogos 1962, kedua-dua pihak British dan Tanah
Melayu bersetuju sebulat suara dengan cadangan Suruhanjaya Cobbold dan turut
dipersetujui bahawa Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Bagi
melaksanakan usaha-usaha ke arah pembentukan Malaysia, kedua-dua Kerajaan
ini bersetuju untuk mengadakan perjanjian rasmi dalam tempoh enam (6) bulan
untuk menentukan pemindahan kuasa bagi Wilayah Borneo Utara, Sarawak dan
Singapura.
Suruhanjaya Cobbold kemudiannya mengemukakan laporan kepada Perdana
Menteri British, Sir Harrold Macmillan dan Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu pada 21 Jun 1962.

