Page 26 - 9. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia MOF - Penubuhan Malaysia - Ilham Berwawasan
P. 26

Pada 13 Ogos 1963, Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, U-Thant telah melantik

         ahli-ahli rombongan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rombongan ini dikenali ‘United Nation

         Malaysia Mission’ diketuai oleh Laurence Michelmore dan Sir George Janacet sebagai

         Timbalannya. Anggota rombongan ini terdiri Mr. George Howard (Argentina), Tuan

         Neville Kanakaratne (Ceylon), Mr Kenneth Dadzie (Ghana), Mr. Irshad Baqai (Pakistan),


         Mr. Jasushi Akashi (Jepun), Mr. Abdel Dajani (Jordon) dan Mr. Jose Machado (Brazil).




         Rombongan yang dibahagikan kepada dua (2) pasukan ini tiba di Kuching, Sarawak

         pada 16 Ogos 1963 dan di Jesselton, Borneo Utara pada 19 Ogos 1963. Rombongan

         PBB ini telah mengadakan tinjauan di Wilayah tersebut dalam tempoh 20 hari dari 16


         Ogos sehingga 5 September 1963. Sepanjang tempoh tersebut, rombongan ini berjaya

         menemui lebih daripada 400 orang yang mewakili 60 buah kumpulan parti politik, etnik,

         agama, pertubuhan sosial dan kesatuan sekerja. Laporan Suruhanjaya Bangsa-Bangsa

         Bersatu yang dikeluarkan pada 14 September 1963 mengesahkan bahawa lebih 70

         peratus penduduk Borneo Utara dan Sarawak bersetuju dan menyokong penubuhan

         Malaysia. Proses tinjauan oleh rombongan PBB ini telah mengakibatkan rancangan asal

         tarikh pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditunda.
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31