Page 24 - 9. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia MOF - Penubuhan Malaysia - Ilham Berwawasan
P. 24

Hasrat menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963 berdepan dengan sedikit


             halangan. Tentangan yang diterima daripada Indonesia dan Filipina terhadap

             pembentukan Malaysia menuntut Tunku Abdul Rahman mencari penyelesaian dan

             persefahaman dengan mengadakan beberapa siri rundingan. Persetujuan dicapai di

             antara ketiga-tiga pihak melalui Deklarasi Manila yang diisytiharkan pada 5 Ogos

             1963, menuntut pandangan dan kemahuan penduduk Wilayah Borneo mengenai

             Malaysia ditinjau semula dan disahkan oleh Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu

             (PBB).





             Pada 7 Ogos 1963, Kerajaan Persekutuan telah mengirim surat kepada Perdana

             Menteri British, Sir Harold Macmillan memaklum secara rasmi mengenai Deklarasi

             Manila berhubung Wilayah Borneo. Fasal ini menentukan Setiausaha Agung

             Bangsa-Bangsa Bersatu atau wakilnya hendaklah meninjau hasrat rakyat di Wilayah

             Borneo Utara dan Sarawak berasaskan kepada keputusan pilihanraya yang

             diadakan di Borneo Utara pada Disember 1962 dan Sarawak Pada Jun 1963.
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29