Page 22 - 9. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia MOF - Penubuhan Malaysia - Ilham Berwawasan
P. 22

Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan telah diterbitkan di Kuala Lumpur, Kuching dan

             Borneo Utara pada 17 Februari 1963. Laporan ini telah dibentangkan di Majlis Negeri

             Sarawak pada 8 Mac 1963 dan di Borneo Utara pada 13 Mac 1963. Antara isi kandungan

             laporan ini termasuklah perkara mengenai peruntukan perlembagaan bagi Borneo Utara

             dan Sarawak yang melibatkan agama, imigrasi, pelajaran, kewangan, perlembagaan

             negeri dan kuasa perundangan.




             Pada 9 Julai 1963, satu upacara bersejarah telah berlangsung di Marlborough House,

             London di mana Perjanjian Malaysia telah ditandatangani. Perjanjian ini ditandatangani

             di antara Kerajaan British dengan Kerajaan Persekutuan Melayu, Borneo Utara, Sarawak

             dan Singapura. Persetujuan Bersama telah dicapai untuk menubuhkan Malaysia pada

             tarikh 31 Ogos 1963. Perjanjian ini mengandungi 11 fasal di antaranya menyentuh

             perhubungan di antara ketiga-tiga buah Wilayah iaitu Borneo Utara, Sarawak dan

             Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang dikenali Malaysia serta pelepasan

             kuasa dan kedaulatan British ke atas wilayah tersebut. Perjanjian ini telah diluluskan di

             Dewan Rakyat pada 14 Ogos 1963. Usul yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman,

             Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu diluluskan dengan 67 undi menyokong dan

             18 undi menentang.
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27