Page 5 - KANVAS MERDEKA SMKPR
P. 5
MATLAMAT
1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
2. Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan
dan sejahtera
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara
4. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
FALSAFAH DAN NILAI
Bahawasanya setiap pelajar berkeupayaan dan berpotensi untuk maju
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru-guru berkemampuan
dan berkelayakan untuk membimbing secara profesional dan sekolah
mempunyai kemudahan asas yang mencukupi, maka ini akan
menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan berakhlak mulia dan
boleh memberi sumbangan kepada negara.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK Paya Rumput dengan penuh azam dan iltizam berikrar
dan berjanji akan melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Kami berikrar akan:
1. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
2. Melahirkan generasi yang berketrampilan, beriman, beramal dan
bersahsiah mulia
3. Mencetus dan merealisasikan masyarakat penyayang agar warga
sekolah berasa bangga terhadap sekolah dan saling menghormati antara
warga sekolah serta seluruh komuniti pendidik
4. Bersedia bekerjasama menerima teguran dan cadangan bagi
mencapai kecemerlangan dalam segala aspek
5. Sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa, ahli masyarakat, dan
sedia berbincang serta bekerjasama untuk kebaikan sekolah

