Page 8 - KANVAS MERDEKA SMKPR
P. 8
KANVAS MERDEKA SMKPR
“MELAKA, DISINI BERMULANYA PEMBINAAN NEGARA BANGSA”
LATAR BELAKANG PROJEK
Projek Kanvas Merdeka SMKPR adalah projek menghasilkan
lukisan mural yang bermakna bukan sahaja kepada warga SMK
Paya Rumput tetapi kepada seluruh masyarakat sekitar Paya
Rumput dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Mural ini mampu menjadi platform pembelajaran luar bilik darjah
yang menarik. Persekitaran pembelajaran yang unik akan
merangsang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan untuk guru dan murid-murid seterusnya dapat
meningkatkan Gred Purata Mata pelajaran bagi sekolah.
Mural ini juga menyediakan set pengetahuan tentang ceritera
pembinaan negara bangsa sedari awal Kesultanan Melayu
Melaka sehinggalah kemajuan Malaysia kini serta harapan masa
depan yang cemerlang buat tanah air. Usaha ini diharapkan
dapat memupuk dan menyemai nilai patriotism disemai secara
langsung ke dalam jiwa setiap mata yang menatap Kanvas
Merdeka SMKPR. Suntikan elemen TMK menjadikan Kanvas
merdeka ini unik.

