Page 64 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 64
AL-MURABBI |MANUAL PENGURUSAN 2021
Bidang Tugas
8.1 Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh
melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul PdP.
8.2 Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan
sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul PdP
yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan
sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
8.3 Didik Hibur – Pendekatan PdP Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan
dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis,
tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat,
pelaporan dan penghasilan produk.
8.4 Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul
dalam mata pelajaran lain akan menyokong PdP Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau
bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
8.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam PdP – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-
mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan PdP yang bersifat interaktif serta
nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta
menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, murid serta pengguna Bahasa
Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
8.6 Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku
Sastera Sekolah Rendah , Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan
akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
8.7 Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa
Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus
peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu
pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
9 DUAL LANGUAGE PROGRAM (DLP)
Pengerusi : Cikgu Ahmad Zaki bin Mohamad (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Cikgu W Zainuzzaman bin Wan Abdullah (PKP)
Naib Pengerusi 1 : Cikgu Mohd Azri bin Ismail (PKHEM)
Naib Pengerusi 2 : Cikgu Mohd Hafizi bin Hamzah (PKKO)
Naib Pengerusi 3 : Cikgu Azizan bin Harun (PKUA)
Penyelia : Cikgu Wan Ramlah binti Mamat (GKMPSM)
Penyelaras : Cikgu Zahidah binti Mohamad Amin
AJK : Semua Guru DLP
Bidang Tugas
9.1 Menyediakan RPH dan RPT serta menjalankan PdP dalam Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran DLP.
9.2 Menyediakan soalan pentaksiran sumatif dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
9.3 Merancang dan menjalankan program intervensi yang sesuai untuk murid yang memerlukannya.
9.4 Melakukan pemantauan secara berterusan dan menyediakan laporan terhadap pencapaian murid-murid
DLP.
9.5 Menghadiri sebarang taklimat dan mesyuarat yang dilaksanakan di setiap peringkat.
9.6 Guru BI melaksanakan Buddy Support System.
10 PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK 21)
Pengerusi : Cikgu Ahmad Zaki bin Mohamad (Pengetua / K. Pasukan Pemandu)
Timbalan Pengerusi : Cikgu W Zainuzzaman bin Wan Abdullah (PKP)
Naib Pengerusi 1 : Cikgu Azri bin Ismail (PKHEM)
Naib Pengerusi 2 : Cikgu Hafizi bin Hamzah (PKKO)
Naib Pengerusi 3 : Cikgu Azizan bin Harun (PKUA)
Setiausaha : Cikgu Ropiza binti Hassan
AJK : Cikgu Badrol Hisham bin Ramli (GKMPB)
: Cikgu Yuhaina binti Yunus (GKMPK)
Cikgu Wan Ramlah binti Mamat (GKMPSM)
Cikgu Masriza binti Said (GKMPTV)
Cikgu Rohaizah Rohana binti Jusoh (GKMPPI)
| 54
IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD

