Page 69 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 69

AL-MURABBI |MANUAL PENGURUSAN 2021

                   6.1     Fail Induk
                   6.2     Fail 1 (Struktur Organisasi & Progil Ahli)
                   6.3     Fail 2 (Perancangan Strategik, Mesuarat & Kewangan, DSKP dan RPT)
                   6.4     Fail 3 (Ujian & Peperiksaan dan Kajian Tindakan)
                   6.5     Fail 4 (Pentaksiran Bilik Darjah - PBD)

                7.  FAIL REKOD MENGAJAR
                   7.1    Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pelajaran Tahunan
                          (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) adalah dokumen rasmi kurikulum dan
                          mestilah sentiasa dirujuk oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan
                          pembelajaran.
                   7.2    Satu salinan DSKP, RPT dan RPH mestilah disimpan di dalam Fail Rekod Mengajar (FRM)
                          samada secara hardcopy dan softcopy. RPT bagi setiap mata pelajaran yang diajar
                          oleh guru disahkan oleh Pengetua.
                   7.3    Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam hendaklah mengikut format
                          yang telah diselaraskan mengikut pekeliling yang ditetapkan.
                   7.4    Semua guru mestilah menyediakan RPH sebelum pengajaran dan dibawa masuk ke
                          kelas setiap waktu pengajaran.
                   7.5    Ruangan refleksi haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai
                          tahap  keberkesanan  pengajaran  guru  bagi  tujuan  penambahbaikan  pada  masa
                          hadapan.
                   7.6    Fail Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mestilah dihantar setiap Khamis untuk disemak
                          dan disahkan.
                   7.7    Guru-guru mestilah mengamalkan PAK21 dengan penerapan Kemahiran Berfikir Aras
                          Tinggi (KBAT) –dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT yang disediakan.

                8.  JADUAL WAKTU
                   8.1    Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996 dan
                          Surat Pekeliling Ikhtisas Standard Sekolah Menengah (Semakan 2017).
                   8.2    Dasar pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan
                          kepakaran guru. Agihan kelas berdasarkan pakej mata pelajaran dan kepelbagaian
                          aras kecerdasan.
                   8.3    Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan
                          oleh pelajar semasa Jadual Waktu Ganti.

                9.  PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                    9.1   Setiap  guru  kelas  bertanggungjawab  memastikan  persekitaran  pengajaran
                          menerapkan elemen PAK21 dalam PdPc dan penerapan KBAT dan teknologi terkini.
                    9.2   Guru  perlu  menggunakan  pelbagai  pendekatan,  kaedah,  strategi  dan  teknik  di
                          dalam proses PdPc bagi meningkatkan ketrampilan guru, seterusnya meningkatkan
                          ketrampilan murid.
                    9.3   Keberkesanan  proses  PdPc  mestilah  dinilai  di  akhir  sesuatu  sesi  PdPc  berdasarkan
                          penguasaan pengetahuan, kemahiran, penglibatan dan daya tumpuan pelajar di
                          dalam kelas.
                    9.4   Guru juga mestilah mendedahkan murid dengan soalan bercapah atau Kemahiran
                          Berfikir Aras Tinggi (KBAT) - HOTS (Higher Order Thinking Skills) Questions.

                10. GURU GANTI
                   10.1  Guru  yang  berkursus,  bercuti  sakit  atau  diluluskan  untuk  Cuti  Rehat  Khas  perlu
                         memaklumkan  kepada  Pengetua  atau  pihak  pentadbiran  sekolah  lebih  awal  guru
                         ganti bagi kelas tersebut.
                   10.2  Guru berkenaan perlu menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang ditinggalkan.
                         Guru  yang  terpilih  menggantikan  kelas  haruslah  masuk  ke  kelas  seperti  yang  telah
                         diarahkan.

                11. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN








                                                                                                         | 59
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74