Page 68 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 68
AL-MURABBI |MANUAL PENGURUSAN 2021
KETETAPAN KURIKULUM
SM IMTIAZ YT BESUT TAHUN 2021
1. LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid -murid yang
belajar di sekolah ini. Ketetapan Kurikulum ini mengambil kira keperluan pendidikan dan
pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan
untuk melihat sekolah sebagai agen kemenjadian murid yang terunggul dalam segala
aspek.
Ketetapan ini disusun berdasarkan potensi dan kebolehan warga sekolah bagi menghasilkan
impak yang maksimum sebagai amalan terbaik dalam kepimpinan serta pedagogi
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke arah melahirkan modal insan unggul
melalui persekitaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
2. OBJEKTIF
Ketetapan Kurikulum ini dilakukan bertujuan:
2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik YT, JPN dan KPM
2.4. Mengaplikasikan konsep dan amalan PdPc terbaik.
2.5. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur.
2.6. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan.
3. KETETAPAN
Menyediakan program pendidikan yang merangkumi semua aspek pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan potensi diri pelajar dari aspek jasmani, rohani, mental dan emosi.
4. JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKS)
4.1 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah akan membincangkan pengurusan, pelaksanaan,
masalah dan isu kurikulum di sekolah. Semua perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya
dalam Mesyuarat Panitia dan maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan
kepada Setiausaha.
4.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah mestilah sentiasa membuat pemantauan dan
penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan
akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
5. PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
5.1 Semua panitia mestilah berusaha mengamalkan strategi-strategi pengajaran yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar untuk
belajar dengan lebih baik.
5.2 Bajet panitia hendaklah berdasarkan peruntukan yang ada. Pentadbiran sekolah perlu
memastikan panitia membelanjakan peruntukan Geran Perkapita (PCG) secara
berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
6. SISTEM FAIL
Semua fail panitia diletakkan dalam Bilik Pengurusan Fail. (Fail Induk Panitia diletakkan di
pejabat sekolah). Bilangan fail ditetapkan sebanyak 5 fail bagi setiap panitia iaitu;
| 58
IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD

