Page 131 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 131

Pengenalan

               Goalball  merupakan  salah  satu  permainan  yang  dimainkan  oleh  pemain  yang

               menghadapi masalah penglihatan. Permainan ini juga memerlukan kekuatan fizikal
               dan mental. Selain itu, ia juga memerlukan daya pendengaran yang tajam. Bola yang

               digunakan  mengandungi  tiga  biji  loceng  di  dalamnya.  Berat  bola  kira-kira  1.25
               kilogram.  Permainan  ini  dimainkan  secara  berkumpulan.  Setiap  kumpulan  terdiri

               daripada  enam  orang  pemain.  Daripada  enam  orang  pemain,  hanya  tiga  pemain

               utama dalam permainan ini. Selebihnya hanyalah sebagai pemain simpanan sahaja.
               Setiap pemain mempunyai peranannya sendiri.


               Permainan ini pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada sekitar awal tahun 1984

               oleh Malaysia Association for the Blind (MAB). Pada tahun 1997 dengan kerjasama
               MBSA  Malaysia,  11  orang  pengadil  peringkat  pertama  berserta  beberapa  orang

               pegawai teknikal telah berjaya diwujudkan.



               Cara Permainan Goalball

                          Permainan ini dimainkan oleh  tiga orang pemain bagi setiap pasukan.
                          Bilangan pemain gantian bergantung kepada pengelolaan pertandingan

                           sama ada 1, 2 atau 3 pemain gantian.

                          Ketiga-tiga pemain berperanan untuk menjaringkan gol serta menjaga
                           gawang gol sendiri.

                          Ketiga-tiga pemain yang berada di dalam gelanggang wajib ditutup mata

                           mereka dengan ‘eyes patch’ serta wajib memakai ‘goggle’ atau ‘blindfold’
                           .

                          Bola khas berloceng digunakan dalam permainan dan pemain perlu
                           menghantar bola ke gawang pihak lawan untuk menjaringkan gol.

                          Untuk mengelakkan perlanggaran semasa bermain, kedudukan pemain

                           telah ditetapkan dan garisan bertali timbul digunakan untuk memudahkan
                           mobiliti serta pergerakan pemain.





               Keperluan Dan Peralatan Sukan Goalball


                                                           121
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136