Page 132 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 132

  Gelanggang Permainan

                       -   Lantai gelanggang mestilah rata dan material antarabangsa yang standard
                           digunakan sekarang adalah dibuat daripada tarafleks. Sebelum ini lantai

                           yang dibuat daripada pakir sering digunakan dalam pertandingan.

                       -   Namun begitu lantai yang diperbuat daripada simen juga boleh digunakan
                           bergantung kepada kemudahan sedia ada di sekolah.

                       -   Garisan  gelanggang  yang  bertali  timbul  digunakan  untuk  memudahkan
                           pemain merasa dan mengetahui kedudukan mereka. Tali benang  kasar

                           yang  digunakan  ditampal  menggunakan  pita  pelekat  atau  pelekat  yang
                           bersesuaian.

                       -   Kebiasaannya gelanggang bertutup adalah digunakan untuk memastikan

                           tiada gangguan kesan bunyi lain semasa permainan.
                       -   Saiz gelanggang yang berukuran 18 meter panjang dan sembilan meter

                           lebar diperlukan.
                       -   Gelanggang terbahagi kepada tiga bahagian utama yang sama besar iaitu:

                               Kawasan Pasukan (Team Area)

                                Kawasan  Pasukan  (Team  Area)  yang  berukuran  sembilan  meter
                                panjang dan tiga meter lebar.

                               Kawasan Mendarat (Landing Area)
                                Kawasan  Mendarat  (Landing  Area)  bersebelahan  Team  Area

                                (Kawasan Pasukan) dan berukuran sembilan meter panjang dan tiga

                                meter lebar.
                               Kawasan Neutral (Neutral Area)

                                Kawasan Neutral (Neutral Area) terletak di antara dua Landing Area
                                (Kawasan  Mendarat)  berukuran  sembilan  meter  panjang  dan  tiga

                                meter lebar.














                                                           122
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137