Page 127 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 127

Minggu                     :  Minggu 9
                Aktviti                    :  Acara Padang
                                              -  Latar Belakang Balingan
                Objektif                   :  i.  Mengenal acara balingan
                                              ii.  Mengenal peraturan acara balingan
                Bahan                      :  i.  Alat balingan (peluru, cakera dan lembing)
                                              ii.  Bendera merah/ putih
                                             iii.  Skitel
                                             iv.  Tandaan
                                              v.  Tali pengukur
                Masa                       :  3 jam

                Medium komunikasi          :    i.   Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
                                                     pendengaran, arahan menggunakan bendera.
                                                ii.   Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu.

                Langkah 1                  :  Pengenalan acara balingan:
                                                   -  Lontar peluru
                                                   -  Lontar cakera
                                                   -  Rejam lembing

                Langkah 2                  :  i.  Memperkenalkan alatan balingan.
                                              ii.  Memperkenalkan peraturan permainan.

                Langkah 3                  :  Mengenal  pasti  dan  mengaplikasi  teknik  dan  gaya  lontaran
                                              yang baik melalui ansur maju dan kaedah yang bersistemetik
                                              bagi  menempa  sesuatu  jarak  lontaran  yang  cemerlang  dan
                                              terbaik.

                Langkah 4                  :  i.  Melatih  kemahiran  memegang  alatan  balingan  lontar
                                                  peluru dengan cara yang betul.
                                              ii.  Melatih  kemahiran  anggota  badan  dan  anggota  lain
                                                  terutamanya tangan, pinggang dan kaki yang merupakan
                                                  peranan utama dalam acara balingan.
                                             iii.  Memastikan aktiviti balingan dilakukan dengan sempurna
                                                  semasa  melakukan  aktiviti  melontar  iaitu  sebelum,
                                                  semasa dan selepas balingan.

                Penutup                    :  Membuat  balingan  dengan  yakin  untuk  mendapatkan  jarak
                                              yang terbaik.
                Syarat Pelaksanaan         :  Perlu dilakukan dengan kelengkapan yang mencukupi untuk
                                              memastikan tahap keselamatan yang maksimum.

                Latihan/  Pengukuhan/  :  Koordinasi pelontar yang tepat dan sempurna akan membantu
                Intervensi                    untuk mencapai kejayaan.


               Catatan:Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran
               aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta

               bimbingan daripada guru pembimbing.
                Modul                      :  Modul 10


                                                           117
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132