Page 146 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 146

Modul                      :  Modul 3

                Minggu                     :  Minggu 3

                Objektif                   :  i.  Murid dapat menerangkan asas permainan dijalankan (
                                                  meleret dan menahan bola).
                                              ii.  Murid dapat menyatakan keperluan-keperluan asas yang
                                                  perlu ada untuk menjalankan aktiviti permainan.

                Bahan                      :  i.  Bola goalball
                                              ii.  ‘Blindfold’ atau penutup mata
                                             iii.  Wisel
                                             iv.  Kon (sekiranya tiada gawang gol)

                Masa                       :  3 jam
                Medium komunikasi          :  Suara dan wisel

                Langkah 1                  :  Murid  dibahagikan  kepada  2  kumpulan  A  dan  B  dengan
                                              menempatkan kumpulan setiap kumpulan di 2 gawang gol (A
                                              dan B).

                Langkah 2                  :  i.  Kumpulan  A  -  meleret  bola  manakala  Kumpulan  B  -
                                                  menahan bola secara bergilir dan bertukar-tukar murid
                                              ii.  Setelah  semua  ahli  kumpulan  A  habis  meleret  dan
                                                  Kumpulan B menahan bola, pertukaran dibuat di mana
                                                  Kumpulan B- meleret bola sementara kumpulan A pula
                                                  menahan  bola  secara  bertukar-tukar  murid  (bagi
                                                  memastikan  setiap  murid  dapat  menjalankan  aktiviti
                                                  berterusan).
                                             iii.  Guru  bolehlah  mengamalkan  salah  satu  peraturan
                                                  permainan pada waktu ini iaitu pemain perlu mendengar
                                                  tiupan wisel dan sebutan ‘play’ sebelum leretan dibuat.
                                             iv.  Murid  yang  menahan  bola  perlu  ditutup  mata  dan
                                                  dibenarkan menahan menggunakan cara tersendiri.
                Langkah 3                  :  Giliran meleret dan menahan bola boleh dijalankan beberapa
                                              kali mengikut masa yang sesuai.

                Langkah 4                  :  Guru  membuat  rumusan  hasil  dapatan  aktiviti  yang
                                              dijalankan  (kemahiran  merelet  dan  menahan  bola  setiap
                                              murid.

                Penutup                    :  i.  Guru  menerangkan  semula  peraturan  permainan
                                                  terutama ketika memulakan leretan bola.
                                              ii.  Guru  menerangkan  beberapa  teknik  yang  baik  yang
                                                  perlu dipelajari untuk perjumpaan seterusnya.

                Syarat Pelaksanaan         :  Murid yang menahan bola perlu ditutup mata  bagi menguji
                                              kemahiran serta kecekapan mereka mendengar arah bola.








                                                           136
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151