Page 150 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 150
Modul : Modul 5
Minggu : Minggu 5
Aktviti : Kemahiran Asas Permainan
- Orientasi Gelanggang
- Teknik Memeggang dan Menahan Bola
Objektif : i. Menerapkan kemahiran-kemahiran asas bagi
meningkatkan kebolehan murid semasa bermain.
ii. Murid dapat mengamalkan teknik yang terbaik ketika
memeggang dan menahan bola.
Bahan : Peralatan permainan
- Bola goalball (seeloknya lebih daripada satu biji bola,
lebih banyak bola lebih baik).
- Wisel
Masa : 3 jam
Medium komunikasi :
Langkah 1 : Aktiviti pemanasan badan dan regangan yang bersesuaian
dengan aktiviti permainan
(contoh : Regangan jari, bahu, tangan, pinggang dan kaki)
Langkah 2 : i. Guru menunjukkan teknik memeggang bola dengan betul.
ii. Guru menunjukkan teknik menghayun bola yang betul.
untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi (Blindfold tidak
diperlukan ketika ini kerana aspek kemahiran memegang
dan menghayun bola diutamakan).
Langkah 3 : i. Sekiranya sekolah dapat menyediakan bola yang banyak
contohnya empat biji bola, murid boleh diagihkan kepada
beberapa kumpulan kecil (empat orang satu kumpulan).
ii. Pecahkan setiap kumpulan kepada dua bahagian (A dan
B), satu kumpulan di gawang A dan satu kumpulan di
gawang B.
Langkah 4 : i. Aktiviti latihan memeggang dan menghayun bola
dijalankan serentak dan secara bergilir mengikut
kumpulan dan berpandukan tiupan wisel dari guru.
ii. Giliran meleret bola dijalankan dari masa ke semasa
untuk semua kumpulan yang ada.
iii. (contoh: lima minit bagi setiap kumpulan dan giliran dibuat
untuk semua kumpulan yang dibentuk).
Penutup : Guru membuat rumusan daripada aktiviti yang dijalankan
dengan menekankan pencapaian setiap individu.
140

