Page 152 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 152

Modul                     :  Modul 6
                Minggu                    :  Minggu 6
                Objektif                  :  i.  Menerapkan  kemahiran-kemahiran  asas  bagi
                                                  meningkatkan kebolehan murid semasa bermain.
                                             ii.  Amali permainan.
                Bahan                     :  i.  Bola goalball (sebaiknya lebih dari 1)
                                             ii.  Wisel
                                             iii.  Gawang gol
                Masa                      :  3 jam

                Medium komunikasi         :  Video permainan untuk rujukan.
                Langkah 1                 :  i.  Aktiviti  memanaskan  badan  dan  regangan  yng
                                                  bersesuaian dengan permainan.
                                             ii.  Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil
                                                  (tiga orang satu kumpulan).
                Langkah 2                 :  i.  Guru menunjukkan dua teknik asas meleret bola.
                                             ii.  Badan pemain  disandarkan rata ke gawang untuk
                                                  mendapatkan leretan yang tepat ke gawang lawan:
                                                  -  Leretan 1 – Murid dikehendaki meleret dengan
                                                      membuat  satu  langkah  ke  hadpan  (sekiranya
                                                      meleret dengan tangan tangan kanan, kaki kiri
                                                      yang  berada  di  hadapan  sambil  merendahkan
                                                      kekuda kaki sewaktu meleret).
                                                  -  Leretan 2 – Murid dikehendaki meleret dengan
                                                      membuat  larian  3  langkah  ke  hadapan
                                                      (kedudukkan kaki adalah sama seperti leretan 1
                                                      dimana kekuda kaki perlu direndahkan sewaktu
                                                      hendak meleret bola).

                Langkah 3                 :  i.  Guru menempatkan murid kepada dua gawang gol
                                                  mengikut dua kumpulan kecil yang telah dibentuk.
                                             ii.  Murid  meleret  bola  secara  terancang  mengikut
                                                  kumpulan serta arahan dari guru.
                                             iii.  Teknik 1 dan Teknik 2 meleret bola dibuat secara
                                                  giliran  dan  dijalankan  pada  sela  masa  yang
                                                  difikirkan sesuai mengikut bilangan kumpulan yang
                                                  ada.


                Langkah 4                 :  Giliran  kumpulan  dibuat  dari  masa  ke  semasa  agar
                                             semua  kumpulan  dapat  mengambil  bahagian  untuk
                                             menjalankan aktiviti.

                Penutup                   :  Aktiviti menyejukkan badan (cooling down).
                                             Guru  membuat  rumusan  hasil  dapatan  aktiviti  yang
                                             dijalankan berdasarkan kemahiran yang ditunjukkan
                                             (Cemerlang/ Baik/ Sederhana/ Lemah).
                Syarat Pelaksanaan        :





                                                           142
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157