Page 154 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 154
Objektif : Murid dapat mengamalkan kemahiran posisi bersedia
menahan bola yang baik.
Bahan : i. Bola goalball
ii. Gawang gol
iii. Wisel
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Wisel dan arahan bersuara.
Langkah 1 : i. Pemanasan badan dan regangn bersesuaian dengan
aktiviti permainan.
ii. Guru membahagikan murid kepada kumpulan-kumpulan
kecil (tiga murid satu kumpulan).
Langkah 2 : i. Guru menunjukkan posisi yang baik ketika menunggu bola
dari pihak lawan.
ii. Guru menunjukkan posisi badan (tangan, badan dan kaki)
ketika menahan bola yang sampai.
iii. Semasa aktiviti ini bola tidak diperlukan, guru hanya perlu
memberi arahan arah mana murid perlu menahan bola
(contoh A- kanan, B- kiri dan C- tengah).
Langkah 3 : i. Murid ditempatkan di tiga posisi gawang gol (kiri,tengah
dan kanan gawang gol).
ii. Aktiviti latihan ini dibuat secara giliran beberapa pusingan
kepada kumpulan-kumpulan kecil yang telah dibentuk.
iii. Arahan arah menahan perlu ditekankan oleh guru dari
masa ke semasa dan dua kumpulan kecil dapat dijalankan
serentak di gawang gol A dan gawang gol B (pada ketika
ini gerakan murid berpusatkan bunyi wisel dari guru).
Langkah 4 : Aktiviti menyejukkan badan (cooling down).
Penutup : Guru membuat rumusan tentang kelemahan serta kekuatan
kemahiran individu murid melalui aktiviti yang telah dijalankan.
Syarat Pelaksanaan :
Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi
Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.
Modul : Modul 8
Minggu : Minggu 8
Aktviti : Peraturan dan Undang-Undang Permainan
Objektif : Murid mengetahui serta memahami peraturan serta undang-
undang permainan secara lebih terperinci.
144

