Page 18 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 18
Panduan Pelaksanaan Kokurikulum
Penyertaan dan pelibatan
Penyertaan MBK dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Kehadiran murid
dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan dalam buku laporan
kokurikulum. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Subperkara 5.1 Bil 1/85).
Penyertaan guru
Penyertaan guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaan gerak kokurikulum Sekolah.
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Subperkara 5.2 Bil 1/1985. KP (B5) 8591
Jld.11 (29) bertarikh 2 Januari 1985.
Guru-guru perlu ada bersama-sama semasa menjalankan kegiatan
kokurikulum bagi mengawasi keselamatan MBK sama ada di dalam atau di
luar sekolah.
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 dan Tambahan Bil. 9/200).
Pelibatan kakitangan sekolah
Pelibatan kakitangan sekolah sangat digalakkan dan dialu-alukan untuk
memastikan penyertaan yang menyeluruh untuk pelaksanaan aktiviti
kokurikulum sekolah.
Pelibatan agensi kerajaan dan swasta/badan bukan kerajaan/persatuan dan
jurulatih luar sangat digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi bantuan
dan sokongan daripada aspek kemahiran dan penganjuran program. (Rujuk
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2018)
Pakaian
Semua MBK dikehendaki memakai pakaian sukan untuk kegiatan
sukan/permainan dan menggunakan pakaian seragam beruniform untuk
perjumpaan Unit Beruniform. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1 dan 2
/1996).
11

