Page 19 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 19

Keselamatan Murid

              Guru  mesti  mengawasi  dan  peka  terhadap  keselamatan  murid  yang  terlibat  dalam
              aktiviti kokurikulum. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000); pada perkara 4.2 ; Guru

              Kokurikulum dan Sukan:

                     4.2.1  Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid-
                             murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan;

                     4.2.2  Guru-guru  hendaklah  memastikan  semua  alat  sukan  berada  dalam
                            keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.


              Penubuhan  dan  Pendaftaran  persatuan/kelab,  badan  beruniform  dan
              sukan/permainan

              Jawatankuasa  Kerja  Pengurusan  dan  Penyelarasan  Kegiatan  Kokurikulum  perlu
              ditubuhkan di semua sekolah. Salah satu peranan Jawatankuasa Kerja Pengurusan

              dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum adalah melantik guru penasihat bagi semua
              persatuan/kelab, badan beruniform dan sukan/permainan. (Rujuk Peraturan Pendidikan

              (Persatuan Sekolah)  1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 Jld.

              42/N0 11 : PU (A) 196).


              Mengikut  bidang  kuasa,  Pengetua/Guru  Besar  telah  diperuntukkan  kuasa  untuk

              menubuhkan persatuan/kelab, badan beruniform dan sukan/permainan yang baharu
              seperti dalam Peraturan 4 (Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peraturan Sekolah) 1998

              perlu  didaftarkan.  Setiap  persatuan/kelab,  badan  beruniform  dan  sukan/permainan
              yang  dipilih  untuk  dijadikan  aktiviti  dalam  kokurikulum  perlu  disemak  status

              pendaftarannya pada setiap  tahun.























                                                           12
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24