Page 21 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 21

Kelab Kesenian Dan Kebudayaan


              Pengenalan

              Modul Kelab Kesenian dan Kebudayaan MBK ini mengandungi empat elemen kesenian

              iaitu nyanyian, seni tari, seni visual dan permainan tradisional. Setiap elemen tersebut
              disertakan dengan contoh aktiviti pada waktu perjumpaan kokurikulum. Aktiviti yang

              disediakan  boleh  diubah  suai  mengikut  keupayaan  dan  kebolehan  MBK.  Aktiviti
              kesenian dan kebudayaan dijadikan sebagai salah satu wahana dalam pembentukan

              sahsiah dan jati diri MBK.


              Matlamat

              Memupuk  bakat  dan  potensi  MBK  melalui  aktiviti  kesenian  dan  kebudayaan  dan
              menyemai nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia.


              Objektif

                         Menyemai dan menyemarakkan seni dan budaya dalam kalangan MBK;

                         Membentuk sahsiah dan jati diri MBK;

                         Mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan kaum; dan
                         Menyemai sifat hormat menghormati pelbagai budaya dan kaum


              Kandungan Aktiviti Kelab Kesenian Dan Kebudayaan

              Mesyuarat Agung Kelab Kebudayaan Dan Kesenian
                    i.   Pemilihan jawatankuasa Kelab Kebudayaan Dan Kesenian

                    ii.   Pengenalan Kelab Kebudayaan Dan Kesenian

                   iii.   Perbincangan mengenai aktiviti kelab sepanjang tahun


              Nyanyian

                    a)    Memperkenalkan nyanyian lagu Negaraku/ Negeri/ Sekolah/ Aku Negaraku/

                          patriotik/ nasyid/ lagu aksi

                    b)    Menerangkan mengenai tatacara yang betul ketika nyanyian lagu-lagu ini
                    c)    Nyanyian  lagu  Negaraku/  Negeri/  sekolah/  Aku  Negaraku/  patriotik/  lagu

                          rakyat/ lagu irama Malaysia/ lagu aksi dengan pic yang tepat/ ton yang baik/

                          imbangan suara yang baik






                                                           13
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26