Page 239 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 239
Permainan blind football adalah untuk MBK ketidakupayaan penglihatan kategori
B1(buta) sahaja. Empat orang pemain, terdiri daripada mereka yang mengalami buta
tahap B1 (ketajaman penglihatan yang sangat rendah atau tidak langsung
menampakkan cahaya). Manakala bagi penjaga gol pula, setiap pasukan bertanding
dibenarkan untuk menggunakan penjaga gol yang normal atau mempunyai masalah
penglihatan mata yang kurang (tahap B2 dan B3). Kesemua mata pemain kecuali
mata penjaga gol perlu ditutup dengan menggunakan penutup mata yang dikhaskan
oleh pihak penganjur.
Cara Permainan ‘Blind Football
Bilangan pemain yang beraksi ialah lima orang termasuk penjaga gol dan
dibantu seorang goal guide.
Pemain yang dikeluarkan dibenarkan untuk masuk semula. Namun setiap kali
pertukaran dilakukan, permainan dan masa akan dihentikan sehingga selesai
pertukaran tersebut dilakukan.
Semua pemain kecuali penjaga gol perlu menggunakan penutup mata yang
dikhaskan oleh pihak penganjur.
Goal guide berperanan untuk menentukan arah bola disepak dan membantu
pemain menentukan arah pintu gol lawan.
Keperluan Dan Peralatan Sukan ‘Blind Football’
Gelanggang Permainan
Saiz gelanggang padang yang ditetapkan oleh Persekutuan Sukan Orang
Buta Antarabangsa ialah 40 meter panjang dan 20 meter lebar.
Material gelanggang yang sesuai ialah karpet rumput atau gelanggang
rumput. Ianya berfungsi untuk memperlambatkan pergerakan bola.
229

