Page 263 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 263

Penutup

               Penghasilan Modul Kokurikulum MBK adalah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan
               dan panduan kepada guru penasihat dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum secara

               terancang.  Bagi  memantapkan  pelaksanaan  aktiviti  kokurikulum  MBK,  guru-guru
               penasihat  harus  mempunyai  ilmu  dan  kemahiran  dalam  tiga  bidang  kokurikulum.

               Melalui penggunaan modul ini, diharap akan dapat memudahkan guru-guru penasihat

               menyediakan perancangan aktiviti tahunan kokurikulum dan perancangan setiap kali
               perjumpaan kokurikulum.




               Pelibatan  dan  minat  MBK  dalam  aktiviti  kokurikulum  diharap  dapat  ditingkatkan
               dengan  menggunakan  Modul  Kokurikulum  MBK  ini.  Pelaksanaan  kegiatan

               kokurikulum  di  sekolah  hendaklah  berasaskan  prinsip  penyertaan  beramai-ramai

               tanpa  ada  unsur-unsur  diskriminasi  atau  paksaan  dan  yang  bercanggah  dengan
               Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar 1Murid 1Sukan.




               Sebagai penggerak dan pembimbing, guru-guru pendidikan khas harus mempunyai

               kesungguhan  dan  semangat  untuk  melahirkan  potensi  MBK  dalam  bidang
               kokurikulum.  Akitiviti  kokurikulum  dijadikan  sebagai  platform  asas  dalam  usaha

               kemenjadian MBK secara holistik. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak
               akan dapat merealisasikan hasrat murni ini.






















                                                           252
   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267   268