Page 262 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 262

Pengisian  PAJSK  boleh  diakses  melalui  sistem  PSP-APDM  PAJSK.    (Rujuk  pada

               Garis Panduan PAJSK sekolah rendah dan menengah).


               Pemantauan
               Sistem pemantauan merupakan satu proses penting untuk memantau dan menjamin

               setiap  peraturan  dan  perancangan  aktiviti  kokurikulum  yang  telah  ditetapkan  dan

               dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Melalui pemantauan ini juga dapat
               meningkatkan prestasi dan kualiti setiap bidang kokurikulum. Medium pemantauan

               boleh dibuat melalui jadual aktiviti, carta gantt dan buku laporan aktiviti kokurikulum
               mengikut  tempoh  yang  telah  ditetapkan  yang  dilaksanakan  oleh  Jawatankuasa

               Pemantauan Kokurikulum sekolah. Pemantauan diadakan sebanyak dua kali setahun

               bagi  semua  guru  penasihat  kokurikulum  dengan  menggunakan  instrumen
               pemantauan yang standard, iaitu Borang Pemantauan Kokurikulum.


               Laporan pemantauan perlu disediakan untuk menjelaskan kekuatan dan kelemahan

               setiap aktiviti kokurikulum. Tindakan susulan perlu dibuat setelah dikenal pasti perkara
               yang perlu dibuat untuk penambahbaikan dalam setiap bidang kokurikulum.



               Jawatankuasa pemantauan kokurikulum terdiri daripada:

                   i)  Pengetua/ Guru Besar

                   ii)  Penolong Kanan Kokurikulum
                   iii)  Setiausaha Kokurikulum

                   iv)  Setiausaha Sukan
                   v)  Penolong Kanan/Penyelaras Pendidikan Khas

                   vi)  Guru Penyelaras Badan Beruniform

                   vii) Guru Penyelaras Sukan dan Permainan













                                                           251
   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267