Page 261 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 261

Penilaian Kokurikulum

               Penilaian  merupakan  proses  memberi  nilai  kepada  sesuatu  pencapaian  MBK.
               Penilaian  dilaksanakan  bagi  mendapatkan  prestasi  sebenar  dan  membolehkan

               keputusan tentang tindakan seterusnya yang perlu diambil terhadap kelemahan dan
               kekuatan  MBK  dan  pelaksanaan  aktiviti  kokurikulum.  Guru  penasihat  kokurikulum

               juga perlu menilai dan membuat laporan akitiviti yang telah dilaksanakan berdasarkan
               evidecen  yang  diperolehi.  Penilaian  pelaksanaan  aktiviti  kokurikulum  boleh  dibuat

               menggunakan  borang  penyertaan  dan  pencapaian  seperti  di  bahagian  lampiran.

               (Rujuk lampiran 2)


               Penilaian  aktiviti  kokurikulum  MBK  dalam  setiap  jenis  aktiviti  yang  disertai  adalah

               berdasarkan  kepada  empat  aspek  dengan  pecahan  peratus  markah  yang  telah
               ditetapkan iaitu:


                           Bil.            Aspek penilaian                     Peratus (%)

                             1.    Kehadiran                                        50

                             2.    Jawatan disandang                                10
                             3.    Penglibatan                                      20

                             4.    Pencapaian                                       20

                                  Jumlah                                           100



                Pengiraan secara terperinci bagi aspek penilaian boleh dirujuk pada Buku panduan

               pelaksanaan  aktiviti  yang  dikeluarkan  oleh  Bahagian  Kokurikulum  dan  Kesenian,
               Kementerian Pendidikan Malaysia.


               Pentaksiran Kokurikulum

               Pentaksiran  merupakan  satu  proses  pengumpulan  maklumat  yang  bertujuan

               mengukur  tahap  pencapaian  MBK  dalam  aktiviti  kokurikulum.  Medium  pentaksiran
               yang digunakan ialah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

               yang  dibangunkan  oleh  Bahagian  Kokurikulum  dan  Kesenian,  Kementerian
               Pendidikan Malaysia. Pentaksiran kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama,

               iaitu penglibatan, penyertaan dan prestasi. Pencapaian murid dinilai melalui sistem

               PAJSK  mengikut  tatacara  yang  standard  mengikut  tempoh  yang  telah  ditetapkan.


                                                           250
   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266