Page 27 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 27

Cara Permainan Batu Seremban:

                     Batu Satu
                       i.    Kesemua  buah  hendaklah  diselerakkan,  di  mana  kedudukan  semua

                             buah tidak menyentuh antara satu sama lain.

                       ii.   Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
                       iii.   Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.

                       iv.   Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah
                             dikutip.


                     Batu Dua

                       i.     Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

                       ii.    Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
                       iii.   Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.


                     Batu Tiga

                       i.     Buah tiga ada sedikit perbezaan.
                       ii.    Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

                       iii.   Lambungan  yang  kedua  pula,  tiga  biji  buah  akan  dikutip  dengan

                              serentak.


                     Buah Empat

                       i.     Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
                       ii.    Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji

                              buah yang berada di lantai dengan serentak.


                     Batu Lima
                         i.   Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

                         ii.   Pemain  harus  melambungkan  buah  ibu  ke  udara  dan  mengutip

                              keempat-empat biji buah di atas lantai dengan serentak.
                         iii.   Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa

                              yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus
                              diletakkan  di  atas  lantai  supaya  hanya  buah  ibu  sahaja  yang  akan

                              disambut.







                                                           19
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32