Page 28 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 28
Batu Enam
i. Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit
perbezaan.
ii. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan
menjadi buah ibu.
iii. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah
ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai
hingga selesai.
Buah Tujuh
i. Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
ii. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan
serentak.
iii. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
iv. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
v. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
vi Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.
Buah Lapan
i. Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.
ii. Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.
iii. Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
iv. Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang
lain dengan sekali gus.
Timbang
i. Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan,
dia haruslah timbang untuk mendapat mata.
ii. Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
iii. Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
iv. Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
v. Tangkap batu seremban yang ada di tangan.
vi. Batu yang dapat ditangkap = 1 mata
20

