Page 43 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 43
Kelab Keselamatan Jalan Raya
Pendahuluan
Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR) salah satu kelab di bawah kegiatan kokurikulum
oleh KPM dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kelab ini bertujuan
untuk membentuk nilai-nilai baik dan selamat yang patut diamalkan oleh MBK
khususnya ahli kelab semasa berada di jalan raya demi keselamatan diri dan pengguna
jalan raya yang lain.
Matlamat
Matlamat modul ini disediakan adalah untuk membentuk pengguna jalan raya
termasuk MBK supaya berhemah dan bertimbang rasa. Selain itu, modul ini dapat
mewujudkan budaya mengutamakan keselamatan (safety first) dalam kalangan
MBK semasa berada di jalan raya dan di persekitarannya.
Objektif
Objektif Modul Kelab Keselamatan Jalan Raya ini adalah:
Memberi panduan kepada guru pembimbing semasa mengadakan
perjumpaan Kelab Keselamatan Jalan Raya MBK;
Memberi panduan dan cara melintas jalan raya dengan cara yang betul
dan melintas di tempat yang selamat;
Mengenal tanda-tanda isyarat jalan raya yang penting bagi
mengelakkan sebarang tindakan yang tidak wajar yang berbahaya;
Mengetahui kekurangan/kelemahan diri dan mengambil langkah
pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terlibat dalam kemalangan
jalan raya; dan
Memahami kegunaan dan kepentingan alat keselamatan (topi keledar,
tali pinggang keledar, pemantul cahaya dan lain-lain).
35

