Page 46 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 46
Pengguna pengangkutan awam
Menunggu di tempat yang telah disediakan seperti hentian bas, hentian
teksi, terminal kereta api, terminal LRT/MRT/ERL dan lain-lain.
Menunggu dalam jarak yang selamat seperti di belakang garisan kuning di
kawasan terminal LRT/MRT/ERL dan lain-lain.
Menunggu sehingga kenderaan awam berhenti sepenuhnya sebelum naik
atau turun.
Beratur dan naik secara berhemah.
Gunakan pintu yang betul untuk naik dan turun.
Gunakan tali pinggang keledar jika ada.
Penunggang dan pembonceng motosikal
Memakai topi keledar dengan betul dan kemas.
Memakai pakaian yang cerah.
Mematuhi tanda-tanda isyarat jalan raya.
Sentiasa menunggang dan membonceng dalam keadaan selamat.
Membawa tidak lebih daripada seorang pembonceng.
Pemandu dan penumpang kereta
Sentiasa mengamalkan penggunaan tali pinggang keledar depan dan
belakang sepanjang masa.
Pandang cermin belakang dan sisi, sebelum beri isyarat menukar lorong.
Sentiasa memandu mengikut had kelajuan yang ditetapkan.
Memotong kenderaan di garisan yang dibenarkan.
Kenderaan dipandu mengikut kadar jarak yang selamat.
Berhenti dan berehat sekiranya pemandu dalam keadaan letih dan
mengantuk.
Jangan mengeluarkan anggota badan semasa kenderaan sedang bergerak.
Dilarang menggunakan alat peranti semasa memandu.
38

