Page 43 - buletbaru_2 (1)
P. 43

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, USM

USM PRIHATIN TERHADAP KEBAJIKAN STAF

T abung Kebajikan Staf USM telah ditubuhkan sejak tahun 1994. Kewujudan tabung ini bergantung kepada
       caruman bulanan dari segenap lapisan warga USM sendiri. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSPM)
       menjulang amanah bagi mengelola tabung ini dengan baik serta berusaha mengagihkan sumbangan
kepada warga staf dan tanggungan yang ditimpa musibah dengan kadar yang paling segera. Namun, dengan
kedudukan dana yang begitu terhad, pihak Universiti sedang berusaha pelbagai inisiatif untuk menambah dana
tabung pada masa hadapan. Justeru, di peringkat awal pihak Universiti bersetuju untuk meningkatkan kadar
caruman tabung dari RM 1.00 untuk staf Kumpulan Pelaksana ke RM 5.00 manakala RM 2.00 bagi staf Kumpulan
Pengurusan dan Pentadbiran ke RM 10.00 yang telah mula dilaksanakan pada awal tahun 2015.
Mengorak langkah ke hadapan, berkuatkuasa mulai bulan Januari 2015 pihak Universiti mengumumkan berita
gembira kepada semua warga USM dengan memaklumkan faedah keahlian tabung yang terkini sebagai satu usaha
meringankan beban secara kolektif untuk kesejahteraan pekerja Universiti Sains Malaysia. Sehubungan dengan
itu, faedah keahlian tabung yang terkini kepada semua warga USM adalah seperti berikut:-

	 BIL	  PERKARA		                                          SUMBANGAN TABUNG
                                                               SEBANYAK (RM)
				
                                                                     10,000.00
	 a.	 Kematian Warga Staf		                                            500.00
                                                                       300.00
	 b.	 Kematian Suami/Isteri dan Anak Staf		                            500.00
                                                                      1,000.00
	 c.	 Dermasiswa Pendidikan	  Diploma	

			                           Ijazah	

	 d.	 Bantuan Bencana Alam		

	(Maksimum dan tertakluk kepada keputusan jawatankuasa)

                              BELASUNGKAWA

L ewat petang 20 April 2015, Universiti Sains                              Puan Siti Zubaidah A. Hamid, Pendaftar USM
       Malaysia (USM) sekali lagi telah kehilangan warga                          berkunjung ke kediaman keluarga
       staf yang dikasihi iaitu Allahyarhamah Cik Rogayah
 Abdul Hamid, Pembantu Tadbir (P/O) dari Pusat                               Allahyarhamah Cik Rogayah Abdul Hamid
 Pengajian Sains Kajihayat. Jenazah Allahyarhamah
 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam             Semoga roh Allahyarhamah Rogayah dicucuri rahmat
 Dato’ Kramat pada jam 10.00 malam itu juga.               dan ditempatkan dikalangan orang-orangyang beriman.
 Sebagai tanda keprihatinan pihak Universiti
 terhadap warganya, En. Mohd Rashid Abdul Rejab,
 Ketua Penolong Pendaftar, Seksyen Pembangunan
 Organisasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
 mewakili Pendaftar USM telah sudi meluangkan masa
 melawat ibu kepada Allahyarhamah Rogayah iaitu
 Puan Salmiah Ismail yang sedang uzur dikediamannya
 di Desa Mawar, Ayer Itam, Pulau Pinang pada 21 April
 2015 untuk menyerahkan slip Electronic Fund Transfer
 (EFT) berjumlah RM 10,000 sumbangan dari Tabung
 Kebajikan Staf dan wang tunai untuk Bayaran Bantuan
 Pengurusan Jenazah sebanyak RM 3,000.00. Betapa
 berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,
 diraut wajah ibunya jelas memaparkan kehilangan Cik
 Rogayah pada 20 April 2015 lepas amat dirasainya.
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48