Page 39 - buletbaru_2 (1)
P. 39

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, USM

PENGURUSAN KEMUDAHAN PUSAT

Pejabat Pendaftar bertanggungjawab menguruskan kemudahan pusat seperti Dewan Tuanku Syed Putra,
Dewan Persidangan Universiti, Dewan Utama Peperiksaan, dewan-dewan kuliah, bilik-bilik tutorial dan
kawasan guna sama yang lain di dalam kampus induk USM Pulau Pinang.
Secara umum, dewan-dewan dan bilik-bilik tersebut mempunyai fungsi dan kegunaan utama masing-masing.
DTSP sebagai dewan upacara konvokesyen dan upacara rasmi universiti seperti Majlis Sambutan Pelajar
dan Dewan Syarahan/ Ceramah berkapasiti 2000 orang penonton. Dewan Persidangan Universiti sebagai
tempat Mesyuarat Senat dan mesyuarat-mesyuarat berskala besar yang memerlukan kehadiran ramai ahli
mesyuarat. Begitu juga dengan dewan peperiksaan sebagai tempat peperiksaan dan ujian berlangsung,
dewan kuliah sebagai tempat kuliah in-situ atau rakaman telesidang, bilik tutorial sebagai tempat tutorial
dan perbincangan akademik.
Penggunaan kemudahan universiti amat intensif sehingga setiap waktu kemudahan pusat sentiasa digunakan
dan untuk tujuan akademik, aktiviti rasmi PTJ dan pertubuhan staf/pelajar.

PENGURUSAN PAKAIAN AKADEMIK

Pada Konvokesyen ke 51 (April 2015) lalu, sejumlah 1087 daripada 1133 orang Graduan mengambil Pakaian
Akademik dan hadir ke upacara konvokesyen.

		                              Doktor Falsafah	  Sarjana	  Sarjana Muda	  Jumlah
		                                     [Ph.D]	                              1087 	
                                                  [MASTER]		
	 Jumlah Hadir Keseluruhan:	            252 	
	                                                 475 	     360 	
	 Jum. Kehadiran Keseluruhan:	  1087 drpd. 1133
	
	 Tidak Hadir:	                          46

PENGURUSAN KAD STAF DAN KAD AFILIASI

Seksyen Teknologi dan Kemudahan Pusat mengendalikan pengeluaran Kad Staf, Kad Afiliasi dan Kad Jasa
Budi. Operasi pengeluaran kad tersebut hanya dilaksanakan pada setiap hari ISNIN dan JUMAAT. Hari-hari
cuti am operasi ditutup. Waktu operasi adalah pada 10 pagi hingga 12.30 tengahari dan 3 hingga 4.30
petang.

MESYUARAT LEMBAGA GABENOR UNIVERSITI

Lembaga Gabenor Universiti merupakan badan pentadbiran tertinggi universiti seperti mana yang termaktub
di dalam Perlembagaan Universiti dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Bagi tahun 2014, ahli baharu dilantik adalah Profesor Dato’ Dr. Morshidi Sirat bermula 4 september 2014.
Manakala YM Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Arif dilantik bermula 1 Oktober 2014.
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44