Page 106 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 106

99






               25.  Mengurus, membimbing dan menjadi Ketua Guru Penasihat Pembimbing Rakan Sebaya
                     (PRS) berdasarkan Modul Pembimbing Rakan Sebaya KPM.
               26.  Mengurus, membimbing dan menjadi Ketua Guru Penasihat Kelab Bimbingan/Kaunseling
                     dan Kerjaya.

               27.  GBK dibenarkan menjalankan tugas di luar sekolah pada hari persekolahan dengan kadar
                     10%  daripada  jumlah  hari  persekolahan  setahun  (bersamaan  19  hari  berasaskan  hari
                     persekolahan tidak kurang 190 hari).
               28.  Memantau  dan  memastikan  tahap  emosi  murid  berada  dalam  keadaan  memuaskan
                     sepanjang tempoh peperiksaan serta bersedia untuk membantu mengendalikan kes krisis
                     yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera.
               29.  Membantu pihak sekolah semasa penyerahan keputusan peperiksaan dan hari terbuka
                     sekolah  untuk  membimbing  murid-murid  dan  memberi  penerangan  kepada  ibu  bapa
                     berkaitan pelaporan pentaksiran dan hala tuju pendidikan selepas peperiksaan.

               30.  Membantu pihak sekolah merancang dan melaksanakan Program Orientasi Murid Tahun
                     1 bagi sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sekolah menengah serta murid-
                     murid yang baharu berpindah masuk ke sekolah.
               31.  Membuat penilaian kendiri bagi meningkatkan mutu profesionalisme perkhidmatan yang
                     dilaksanakan  melibatkan  semua  program  dan  aktiviti  dengan  melengkapkan  Instrumen
                     Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk dilaporkan kepada pihak PPD,
                     JPN dan KPM sekali setahun.

               32.  Menyedia dan melaporkan Laporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Penilaian
                     Kendiri Amalan Guru Penyayang, Program Minda Sihat dan Dasar Warga Emas Negara
                     (DWEN) sekali setahun kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
               33.  Menganggotai jawatankuasa sekolah dengan kelulusan PGB dari semasa ke semasa.
               34.  GBK boleh ditugaskan mengiring dan mengawasi kelakuan dan keselamatan murid apabila
                     ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan, tempat-tempat lawatan dan
                     sebagainya.
               35.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111