Page 101 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 101

94






                     9.    Merancang  dan  menyediakan  takwim  program  serta  pelan  strategik/tindakan
                           pelaksanaan aktiviti/program bagi zon masing-masing.
                     10.  Menyediakan     rekod    kehadiran   pelanggan     serta   pelaporan   pencapaian
                           aktiviti/program yang telah dilaksanakan mengikut zon masing-masing.

                     11.  Bergerak aktif, kreatif dan inovatif serta melengkapkan diri dengan maklumat terkini.
                     12.  Menjadi pemudahcara/fasilitator untuk agensi luar/agensi lain di zon masing-masing
                           (mengikut lantikan semasa).
                     13.  Melaksanakan  tugas  yang  diarah  oleh  PGB/  pentadbir  dari  semasa  ke  semasa
                           berkaitan murid PPKI.

                           HR21 – GURU  KOD TANGAN (GKT)
                     1.    Merancang dan melaksanakan program peningkatan dan penguasaan Komunikasi
                           Seluruh mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

                     2.    Membantu  guru  mata  pelajaran  dalam  mengenal  pasti  murid  yang  memerlukan
                           pengajaran  intensif  bagi  memantapkan  kemahiran  Komunikasi  Seluruh  sebagai
                           persiapan menduduki peperiksaan.
                     3.    Mengadakan  mesyuarat  secara  berkala  dengan  pihak  sekolah  dan  pihak-pihak
                           tertentu berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan dan pelaporan program.
                     4.    Bertindak  sebagai  Setiausaha  Jawatankuasa  Program  Memperkasa  Komunikasi
                           Seluruh.

                     5.    Mengadakan  latihan  dan  kemahiran  Komunikasi  Seluruh  sebagai  aktiviti
                           perkembangan staf di peringkat sekolah dan program integrasi di zon masing-masing
                           serta menilai penguasaan kemahiran bacaan dan penulisan guru dan murid.
                     6.    Memastikan  guru  dan  murid  menguasai  serta  menggunakan  kemahiran  dalam
                           pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah khasnya dan di program integrasi
                           amnya.
                     7.    Merancang  dan  melaksanakan  pengajaran  dan  pembelajaran  dengan peruntukan
                           masa seperti:
                           a.  Wajib mengajar hingga lapan (8) hingga dua belas (12) waktu seminggu

                           b.  Wajib mengajar mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi Seluruh
                           c.  Mengadakan program kepada klien sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan
                           d.  Mengadakan  dua  (2)  program  utama  dan  tiga  (3)  program  berkala  setahun
                               mengikut zon masing-masing
                     8.    GKT diwajibkan menyedia  Rancangan  Pengajaran  Harian  (RPH)  bagi  setiap  sesi
                           PdP yang dilaksanakan dengan menggunakan Kaedah Komunikasi Seluruh. Guru
                           Kod Tangan akan menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) berdasarkan

                           kepada isu utama bagi setiap murid yang diajar.
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106