Page 105 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 105

98






                     dalam  SePKM  hendaklah  lengkap  dan  dikemas  kini  pada  setiap  minggu  dan  dihantar
                     kepada pihak pentadbir sekolah untuk disemak dan disahkan.
               13.  Mengurus  dan  menyelaraskan  pentadbiran  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling
                     termasuk pengurusan dan penggunaan bilik sesi kaunseling individu, bilik sesi kaunseling

                     kelompok, bilik pengurusan dan ruang menunggu.
               14.  Menyedia dan menyimpan profil murid kumpulan khusus (murid bermasalah disiplin, murid
                     ponteng sekolah, kerjaya setiap murid berisiko cicir dan kesejahteraan mental/emosi) yang
                     boleh dijadikan rujukan bagi pembangunan potensi murid serta program intervensi untuk
                     menangani kes-kes salah laku disiplin dalam kalangan murid.
               15.  Merancang dan mengurus penggunaan Wang PCG  bimbingan dan kaunseling sekolah
                     secara  teratur  dan  berhemah  serta  mematuhi  peraturan  penggunaan  wang  mengikut
                     pekeliling semasa.
               16.  Merancang, menyelaraskan dan menilai sumber serta bahan resos berkaitan perkhidmatan

                     bimbingan dan kaunseling di sekolah.
               17.  Merancang dan melaksanakan Amalan Guru Penyayang yang merangkumi tiga (3) elemen
                     penting iaitu mengalu-alukan kehadiran murid di sekolah, memberi penghargaan kepada
                     murid dan program Mentor Mentee.
               18.  Merancang dan melaksanakan Program Minda Sihat sepanjang masa bagi memastikan
                     murid-murid sekolah yang menghadapi masalah kesihatan mental dan emosi dapat dibantu
                     dengan segeranya.  Pihak sekolah perlu bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah

                     untuk kes-kes yang memerlukan rujukan pakar perubatan.
               19.  Merancang  dan  melaksanakan  Program  Dasar  Warga  Emas  Negara  (DWEN)  secara
                     berfokus dalam Program Penerapan Nilai Murni Sivik dan aktiviti kokurikulum sekolah.
               20.  Merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Kerjaya dan Pentaksiran Psikometrik
                     bagi mengenal pasti potensi dan kekuatan diri murid untuk merancang hala tuju pendidikan
                     dan kerjaya murid pada masa akan datang.
               21.  Merancang  dan  melaksanakan  Program  Kaunseling  Berfokus  dengan  memberi  fokus
                     kepada sekurang-kurang dua (2) fokus berbeza daripada empat (4) jenis fokus bidang unit
                     bimbingan dan kaunseling iaitu perkhidmatan pembangunan dan pengembangan sahsiah

                     diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid dan psikososial serta
                     kesejahteraan mental murid.
               22.  Merancang  dan  melaksanakan  outreach  dan  kajian  tindakan  berkaitan  dengan
                     perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  yang  bersesuaian  serta  dikongsikan  hasil
                     outreach dan kajian tindakan dalam Latihan Dalam Perkhidmatan di sekolah bagi membina
                     budaya sihat dan penyayang dalam kalangan warga sekolah.
               23.  Merancang  dan  melaksanakan  aktiviti  dan  program  konsultasi  keibubapaan  serta

                     membantu pihak sekolah melaksanakan Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa.
               24.  Menjadi pegawai perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110