Page 237 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 237

230






               3.    Menyelaraskan dan menyeliakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan
                     laporan yang diperlukan.
               4.    Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua murid.
               5.    Merancang dan menyelaraskan program PRS.

               6.    Bersedia membimbing murid-murid dalam memilih kerjaya mereka.
               7.    Menjalankan program motivasi untuk murid.
               8.    Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan.
               9.    Memberikan khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah disiplin
                     yang dirujuk kepadanya.
               10.  Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang memerlukannya.
               11.  Menyusun atur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam membantu
                     sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid.




                                          JR20 | JK Pengurusan Asrama


                     RUJUKAN
                       i.  Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/1987 : Pengurusan dan Kawalan Asrama Sekolah Harian

                       ii.  Buku Panduan Pengurusan Asrama Harian KPM Edisi 2018


                      iii.  KPM.500-1/3/3(13) bertarikh 20 November 2019: Pelaksanaan Peluasan Pelantikan Warden Asrama
                          Kepada Semua Kakitangan Bukan Guru Gred 19 dan ke atas di Sekolah-sekolah  di bawah KPM

               (A)    TUGAS GURU BESAR (PGB)

                     (A1)  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ASRAMA
                          1.  Memastikan pelibatan semua warga sekolah dalam pengurusan dan pentadbiran

                               asrama dan murid asrama.
                          2.  Penasihat semua jawatankuasa di asrama.
                          3.  Menyediakan Struktur Organisasi Pengurusan Asrama.
                          4.  Mengagihkan tugas kakitangan asrama.
                          5.  Mengurus pelantikan warden.
                          6.  Menyediakan  dan  mengawal  selia  Pejabat  Pentadbiran  Asrama  dan  Rumah
                               Warden.
                          7.  Mengurus,  memantau  dan  menguatkuasa  Kontrak  Perkhidmatan  Bekalan
                               Makanan  Bermasak/Mentah,  Perkhidmatan  Kawalan  Keselamatan  (PKK)  dan

                               Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK).
   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242