Page 240 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 240

233






                          2.   Memastikan murid asrama yangs akit diberikan rawatan yang sewajarnya.
                          3.   Memastikan tempat tinggal warden dalam keadaan yang selamat dan selesa.
                          4.   Mewujudkan  Tabung  Kebajikan  Murid  Asrama  (mesti  mendapat  kelulusan
                               Jabatan Pendidikan Negeri)

                          5.   Menubuhkan Majlis Perwakilan Ibu Bapa yang terdiri daripada ibu bapa/waris
                               murid.

               (B)  TUGAS GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
                     1.    Melaksanakan program peningkatan akademlk penghuni asrama.
                     2.    Menganalisis keputusan peperiksaan murid asrama berdasarkan TOV dan ETR.
                     3.    Menyediakan headcount murid asrama.
                     4.    Memberikan taklimat headcount murid asrama kepada waris.
                     5.    Merancang,  melaksanakan  dan  mengawal  selia  kelas  berfokus  mata  pelajaran

                           kritikal.
                     6.    Menyediakan jadual tuisyen murid asrama.
                     7.    Pengurusan kakitangan asrama.
                     8.    Pengurusan kewangan asrama.
                     9.    Menjalankan tugas PGB semasa ketiadaannya.
                     10.  Memastikan semua aspek berkaitan akademik murid asrama berjalan lancar dengan
                           teraturnya.


               (C)  TUGAS GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
                     1.    Menentukan sistem kemasukan dan penempatan murid ke asrama.
                     2.    Membantu urusan pelantikan warden asrama.
                     3.    Menyelaraskan semua wang seperti pungutan yuran asrama, buku tunai, buku resit
                           dan buku stok.
                     4.    Membantu mengurus kakitangan asrama.
                     5.    Memastikan pengurusan kesihatan murid asrama dijaga.
                     6.    Menyemak dan mengesahkan data pengurusan asrama.

                     7.    Menyelia tugas warden, penyelia asrama dan pembantu pengurusan murid.
                     8.    Memastikan penyeliaan makanan dipantau mengikut jadual, menu, bahan mentah
                           serta  bahan  kering  mengikut  spesifikasi  seperti  yang  ditetapkan  dalam  kontrak
                           perjanjian.
                     9.    Memastikan premis asrama dijaga dengan bersih, ceria dan selamat,
                     10.  Menjadi Pengerusi Lembaga Pengewas Asrama.
                     11.  Mengenal pasti isu/masalah/keperluan pengurusan asrama.

                     12.  Mengenal pasti lokasi/jenis amalan terbaik dan membuat lawatan penandaarasan.
                     13.  Mengendalikan mesyuarat urus tadbir asrama setiap bulan.
   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245