Page 239 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 239

232






                          8.  Menyediakan  headcount  murid  asrama  dan  plan  intervensi  peningkatan
                               akademik murid asrama.

                     (A4)  PENGURUSAN DISIPLIN

                          1.   Memastikan  peraturan  asrama  dipatuhi  oleh  murid  dan  waris  serta
                               dikuatkuasakan pelaksanaannya.
                          2.   Menyediakan sistem pemantauan disiplin yang sesuai dan mampu menangani
                               permasalahan murid asrama.
                          3.   Memastikan  maklumat  peraturan  asrama  disampaikan  kepada  waris  murid
                               asrama.
                          4.   Memastikan  semua  bentuk  hukuman  hendaklah  mematuhi  SOP  yang
                               ditetapkan dan melalui JK Disiplin Sekolah (jika berkaitan).


                     (A5)  PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN SUKAN
                          1.   Memastikan Program Kebitaraan Asrama (PKA) dirancang dan dilaksanakan.
                          2.   Memastikan semua murid asrama mengambil bahagian dalam semua aktiviti
                               kokurikulum dan sukan di asrama.
                          3.   Menyediakan kemudahan, tempat dan peralatan yang mencukupi.
                          4.   Menyediakan jurulatih dan pembimbing.
                          5.   Mengadakan pertandingan antara ‘dormitori’ dan asrama.

                          6.   Mengadakan lawatan sambil belajar/ integrasi/ program pertukaran murid.
                          7.   Memastikan  murid  asrma  menyertai  pertandingan-pertandingan  anjuran
                               Pejabat  Pendidikan  Daerah,  Jabatan  Pendidikan  Negeri,  Kementerian
                               Pendidikan Malaysia dan agensi luar.

                     (A6)  PENGURUSAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
                          1.   Memastikan aspek keagamaan dan pembangunan sahsiah (Solat Jumaat, Solat
                               Berjemaah, Bacaan Yassin Bersama Pentadbir/ Guru, Program Hafazan KPM
                               dan lain-lain) diberikan perhatian serius dan dilaksanakan.

                          2.   Mengadakan kursus-kursus motivasi, kepimpinan dan ketahanan diri.
                          3.   Mengadakan kelas Fardhu Ain.
                          4.   Menganjurkan majlis-majlis sempena Hari Kebesaran Islam.
                          5.   Mengadakan  program  penghayatan  sempena  hari  kemerdekaan/kebesaran
                               negara.

                     (A7)  PENGURUSAN KEBAJIKAN

                          1.   Memastikan  kebajikan murid asraa dititikberatkan seperti penyediaan tempat
                               tinggal yang kondusif.
   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244