Page 252 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 252

245






                     (A)  KETUA GURU RUMAH SUKAN
                           1.   Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid).
                           2.   Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
                           3.   Membentuk  jawatankuasa  rumah  dalam  kalangan  murid  yang  merangkumi

                                olahraga dan permainan.
                           4.   Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan
                                peringkat sekolah.
                           5.   Sentiasa  berbincang  dengan  GPK  Kokurikulum  sekiranya  menghadapi
                                masalah.
                           6.   Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.

                     (B)  GURU RUMAH SUKAN
                           1.   Menyediakan senarai ahli rumah sukan yang lengkap mengikut kelas.

                           2.   Mengagihkan  murid  dalam  rumah  kepada  beberapa  acara  sukan  dan
                                permainan.
                           3.   Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan murid merangkumi olahraga
                                dan permainan.
                           4.   Mengadakan mesyuarat agung.
                           5.   Menyusun program latihan untuk peserta setiap rumah sukan.
                           6.   Bekerjasama  dengan  guru-guru  lain  untuk  menyediakan  trek  sebelum  dan

                                memastikan boleh diguna pakai semasa sukan.
                           7.   Mendapatkan alatan sukan dan permainan yang mencukupi dan berkeadaan
                                baik untuk semua murid yang mengambil bahagian.
                           8.   Mendapatkan khemah (jika berkaitan) untuk murid yang mengambil bahagian
                                berkumpul.
                           9.   Mengaturkan murid untuk majlis penutup hari sukan dan permainan.
                           10.  Mengurus  makanan  dan  minuman  untuk  semua  murid  yang  mengambil
                                bahagian dalam sukan dan permainan.
                           11.  Mengemas padang selepas selesai majlis penutup hari sukan dan permainan.

                           12.  Memulangkan semula alatan sukan dan permainan yang telah digunakan ke
                                tempat yang ditetapkan dalam stor sukan.
                           13.  Sentiasa  berbincang  dengan  Setiausaha  Sukan,  GPK  HEM  dan  GPK
                                Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
                           14.  Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
                           15.  Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada setiausaha
                                sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257