Page 247 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 247

240






               (C)  PENGURUSAN KOKURIKULUM TAMBAHAN
                     1.    Jawatankuasa membincangkan aktiviti kokurikulum tambahan memfokuskan kepada
                           kemenjadian murid.
                     2.    Aktiviti dijalan berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh kementerian.
                     3.    Antara aktiviti yang dijalan dalam kokurikulum tambahan ini ialah:

                           a.   Majlis Tilawah Al Quran  (MTQ)
                           b.   Kem Bestari Solat (KBS)
                           c.   Kem Cemerlang Jawi (KCJ)
                           d.   Festival Nasyid
                           e.   Perkhemahan
                           f.   Perpaduan/Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
                           g.   Lawatan Sambil Belajar
                           h.   1Murid1Sukan

                           i.   Pengiktirafan, Penyertaan dan Penganjuran
                           j.   Pasukan Sukan Berprestasi Tinggi

               (D)  LAWATAN
                     1.    Memastikan Ketua Rombongan menyediakan kertas kerja lawatan.
                     2.    Memastikan nisbah guru pengiring dan murid adalah 1:10 dan perlu melantik guru
                           pengiring mengikut jumlah dan jantina murid.

                     3.    Memastikan semua murid mendapat kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk menyertai
                           lawatan  dengan mengemukakan boring kebenaran lawatan kepada pihak sekolah.
                     4.    Memastikan  ketua  pengiring  membawa  surat  kebenaran  ibu  bapa/penjaga  dan
                           maklumat murid sepanjang lawatan.
                     5.    Memastikan keselamatan/jumlah murid adalah tepat termasuklah setiap kali menaiki
                           kenderaan lawatan.
                     6.    Menyediakan atau membawa kit keselamatan semasa lawatan.
                     7.    Melantik seorang ketua dari kalangan murid lelaki dan perempuan.
                     8.    Meminta semua ketua melaporkan sebarang masalah yang dihadapi.

                     9.    Memastikan murid sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.
                     10.  Melaporkan  keberadaan  murid/peserta  lawatan  kepada  PGB  sekiranya  berlaku
                           kemalangan, kelewatan atau sebarang kesulitan.
                     11.  Menyediakan laporan aktiviti dengan lengkapnya setelah tamatnya program.
   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252