Page 248 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 248

241






               (E)  REDAKSI SEKOLAH
                      i.     Peraturan-Peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah dan Bahan Multi Media) 1998
                      ii.     Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.3 Tahun 2017: Garis Panduan Nilai
                          dan Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru dan Murid

                     (E1)  TUGAS UMUM
                           1.   Melaksanakan mesyuarat dan lantikan biro.
                           2.   Menyediakan anggaran belanjawan tahunan.
                           3.   Menyediakan jadual kerja dan agihan tugas bagi setiap biro.
                           4.   Mengurus peralatan/aset yang di bawah kawalan.

                           5.   Mengemaskinikan fail yang berkaitan.
                           6.   Melatih  murid  mengembangkan  potensi,  bakat  dan  kemahiran  dalam
                                menjalankan tugas sebagai ahli Jawatankuasa Redaksi Sekolah.

                     (E2)   MAJALAH SEKOLAH
                           1.   Mendapatkan  kelulusan  kutipan  wang  majalah  daripada  Pendaftar  Sekolah
                                (Pengarah JPN).
                           2.   Mendapatkan  kelulusan  mencetak  majalah  daripada  Pendaftar  Sekolah
                                (Pengarah JPN).

                           3.   Mengumpulkan       bahan-bahan     artikel   atau   gambar-gambar      untuk
                                didokumentasikan.
                           4.   Mendapatkan penaja atau sumbangan.
                           5.   Mengedit/menyemak bahan.
                           6.   Menyediakan  naskhah  sedia  cetak  bagi  mendapatkan  kelulusan  Pendaftar
                                Sekolah (Pengarah JPN).
                           7.   Memilih pencetak dan mendapatkan sebut harga.

                           8.   Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan disahkan.
                           9.   Mengedarkan majalah kepada murid.

                     (E3)  PENERBITAN
                           1.   Mengumpulkan       bahan-bahan     artikel   atau   gambar-gambar      untuk
                                didokumentasikan.
                           2.   Mendapatkan penaja atau sumbangan (jika perlu).
                           3.   Mengedit/menyemak bahan.
                           4.   Menyediakan naskhah sedia cetak bagi mendapatkan kelulusan PGB.

                           5.   Memilih pencetak (jika perlu).
                           6.   Mengedarkan buletin kepada warga sekolah.
   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253