Page 3 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 3

Seuntai Kata, Segunung Harapan.


                                       Assalamualaikum wbt dan Salam YS Di Mercu,

                                       Alhamdulillah, marilah kita lafazkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
                                       kerana dengan izin dan hidayah-Nya, kita masih dapat meneruskan khidmat
                                       bakti di SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman yang tercinta ini pada tahun 2020.
                                       Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada warga sekolah kerana telah
                                       berpenat  lelah  melaksanakan  tugas  yang  diamanahkan  untuk  sesi
                                       persekolahan pada tahun 2019 yang lalu.  Semoga dengan kekuatan dan
                                       semangat  tinggi  yang  diberi-Nya,  kita  akan  terus    mampu  menghadapi
                                       cabaran  semasa  untuk  melahirkan  murid-murid  yang  berketrampilan
               bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum malah sahsiah diri yang terpuji.  Ucapan tahniah
               dan terima kasih juga saya ucapkan kepada Jawatankuasa Buku Panduan Pengurusan Sekolah Sesi
               2020 yang telah bertungkus lumus menyiapkan sebuah buku yang akan menjadi panduan kepada
               warga sekolah untuk merancang dan melaksanakan segala tugas dengan lebih sistematik.

                       Perubahan-perubahan dasar di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui
               Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menuntut semua warga pendidik supaya berubah
               dari  budaya  kerja  lama  kepada  budaya  kerja  baharu.  Dalam  usaha  ke  arah  transformasi  dan
               pembaharuan sistem pendidikan ini, transformasi perlu bermula dari dalam bilik darjah kerana modal
               insan yang berkualiti dari segala aspek menjadi prasyarat utama kepada kejayaan untuk meningkatkan
               imej  sekolah  sekali  gus  mampu  membentuk  masyarakat  yang  bertamadun  seiring  dengan
               perkembangan semasa. Warga sekolah juga digesa memiliki wawasan unggul dan akauntabiliti yang
               hebat  untuk  mentransformasikan  pelbagai  aspek  pendidikan,  di  samping  mempunyai  kemahiran
               berfikir aras tinggi (KBAT) dan berinovasi bagi meningkatkan keberhasilan sekolah serta kemenjadian
               murid sekali gus melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial sejajar
               dengan Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri. Oleh itu, produktiviti yang kita lahirkan perlu didasari
               dengan kreativiti dan inovasi supaya kita mampu melonjakkan kecemerlangan dari segi kemahiran,
               kecekapan dan keberkesanan di sekolah khususnya dan institusi pendidikan amnya.

                       Akhir kata, saya berharap slogan sekolah “KREATIF, INOVATIF, PROAKTIF : KEBERSAMAAN
               BERILTIZAM YS DI MERCU” dapat terus direalisasikan. Semoga warga SMKDMYS dapat menjalankan
               amanah yang digalas dengan bersandarkan prinsip kerja yang mementingkan kebersamaan dalam
               apa-apa jua yang kita lakukan.  Serumpun bak serai, sesusun bak sirih, sama-samalah kita menjalankan
               tugas  dan  amanah  yang  dipertanggungjawabkan  dengan  penuh  keikhlasan  dan  mudah-mudahan
               usaha  ini diberkati oleh-Nya dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian  hari.
               Selamat  menjalankan  tugas,  semoga  segala  tugas  yang  diamanahkan  dapat  dilaksanakan  dengan
               jayanya dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

               Sekian, terima kasih.



               (ANDIK RADHIAH BINTI A AZIZ)
               Pengetua
               SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman






                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8