Page 4 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 4
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ MOHD YUNOS SULAIMAN
Jalan Sawah,
81500 Pekan Nanas, Telefon : 07-6991831
Johor. Fax : 07-6996833
E-mail : jea6010@moe.gov.my
Ruj. Kami : JEA6010/100-1/1
Tarikh : 26 DISEMBER 2019
Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana
SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman,
Jalan Sawah, 81500 Pekan Nanas, Pontian.
Tuan,
PELANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA
SESI PERSEKOLAHAN 2020
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dengan sukacitanya, saya melantik tuan/puan sebagai guru khas, guru kelas, penyelaras,
setiausaha, ahli dalam Jawatankuasa-jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran, Kurikulum, Hal
Ehwal Murid, Kokurikulum SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman bagi sesi persekolahan 2020 seperti yang
disenaraikan dalam Buku Panduan Pengurusan SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman 2020. Tugas
tuan/puan juga tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak pentadbir sekolah berdasarkan
perubahan dalam penjawatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2020.
3. Tuan/Puan hendaklah melaksanakan semua tugas yang diamanahkan berdasarkan spesifikasi
tugas yang ditetapkan, dan mematuhi semua peraturan, prosedur dan sistem yang diguna pakai
berkaitan dengan tugas. Sukacita juga diingatkan bahawa tugas-tugas yang diamanahkan kepada
tuan/puan adalah merupakan tugas-tugas rasmi yang perlu diurus dengan efisien untuk memastikan
visi, misi dan objektif sekolah tercapai.
4. Saya percaya, tuan/puan mampu melaksanakan amanah ini berdasarkan kebolehan,
keupayaan, minat dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini demi meningkatkan
kecemerlangan sekolah.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(ANDIK RADHIAH BINTI A AZIZ)
PENGETUA
SMK DATO’ MOHD YUNOS SULAIMAN
4

