Page 7 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 7
KREATIF, INOVATIF, PROAKTIF
KEBERSAMAAN BERILTIZAM, YS DI MERCU
KREATIF – kebolehan mencipta / menghasilkan / mengembangkan sesuatu idea baharu dan asli.
Kreativiti ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga
sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti. Dalam konteks ini kreativiti
boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea
lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti,
gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran.
INOVATIF – kebolehan memperkenalkan / mengadakan / memulakan sesuatu yang baharu seperti
kaedah, sistem,
Inovasi sebagai:
▪ Penghasilan baru
▪ Berdasarkan proses penyusunan semula
▪ Menggunakan unsur yang sedia ada
▪ Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai
Perlaksanaan inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif dan kritis untuk menjadi
peneraju (pioneer) dan meraih peluang yang maksimum.
PROAKTIF – Sikap positif dalam merangka atau melakukan sesuatu tindakan, jauh lebih awal
daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnyamemerlukan tindakan yang berkenaan.
7

